web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program PICKids Sukarela Bermula, Tiada Sekatan Terhadap Kanak-Kanak Tidak Divaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 3:11PM

Fenix Wong Qing, 8, memakai cheongsam sempena Tahun Baru Cina ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di WTCKL hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa tidak diwajibkan untuk mendaftarkan anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun bagi menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pemberian vaksin tersebut akan dilakukan secara sukarela.

Khairy Jamaluddin membuat lawatan ke Program Imunisasi (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di WTCKL - Gambar oleh Sairien Nafis
Khairy Jamaluddin membuat lawatan ke Program Imunisasi (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di WTCKL - Gambar oleh Sairien Nafis

“Ini program sukarela tiada apa-apa syarat wajib yang kita tetapkan kepada ibu bapa.

“Kita ingin membina keyakinan ibu bapa supaya mereka tampil mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan vaksin Pfizer yang diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah, hari ini.

Pada masa sama, Khairy turut memberi jaminan bahawa tiada sekatan akan dikenakan terhadap kanak-kanak yang tidak divaksinasi.

Ibu bapa dan anak-anak beratur untuk masuk ke WTCKL sempena Program Imunisasi (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. - Gambar oleh Sairien Nafis
Ibu bapa dan anak-anak beratur untuk masuk ke WTCKL sempena Program Imunisasi (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Untuk kanak-kanak mereka tiada apa-apa syarat kelonggaran dan sebagainya. Kalau kita meletakkan syarat hanya kanak-kanak divaksin boleh diberi kebebasan dan kelonggaran, maka itu dilihat bukan lagi secara sukarela.

“Kita lebih kepada menggalakkan. Tiada apa-apa syarat dikenakan kepada kanak-kanak seperti mana dewasa,” katanya.

Diminta mengulas sama ada golongan kanak-kanak juga akan diberikan dos penggalak, Khairy berkata, belum ada sebarang syor mengenai perkara itu.

“Setakat hari ini, tiada apa-apa syor daripada kumpulan pakar kita, sama ada dos penggalak untuk remaja ataupun kanak-kanak.

“Saya kena sebut setakat 3 Februari, kalau tidak video itu akan diulangi,” katanya.

Malah beliau berkata, jumlah dos vaksin jenis Pfizer yang diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia adalah sama dengan negara lain.

Seorang kanak-kanak lelaki sedang menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena program PICKids di WTCKL. - Gambar oleh Sairien Nafis
Seorang kanak-kanak lelaki sedang menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena program PICKids di WTCKL. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Tiada dos berasaskan kaum, semua sama iaitu 10 microgram setiap suntikan. Dos ini adalah satu pertiga daripada dos dewasa. Kita telah buat kajian, bukan hanya bergantung terhadap kajian dikeluarkan negara lain.

“Kita lihat perkembangan di Singapura yang mempunyai komposisi kaum hampir sama dengan Malaysia berbanding Amerika Syarikat. Kita dapati tak ada kesan sampingan yang serius dan penerimaan di sana agak baik,” katanya.

Beliau turut memaklumkan KKM akan sentiasa memantau kesan sampingan pemberian vaksin tersebut terhadap kanak-kanak.

“Kita akan terus memantau kesan sampingan atau Adverse Events Following Immunisation (AEFI) terhadap kanak-kanak.

“Kita akan maklumkan supaya ibu bapa rasa yakin dan selesa dengan pemberian vaksin pada program ini,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad