web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


26 Kematian, 147,282 Kanak-Kanak Positif COVID-19 Sejak 6 Bulan Lalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 1:25PM

Gamar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 147,282 kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun yang belum divaksinasi dijangkiti COVID-19 dalam tempoh enam bulan lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 26 kematian membabitkan golongan tersebut direkodkan.

Katanya, perangkaan semasa menunjukkan, seramai 3,557 kanak-kanak dalam kelompok usia itu turut dijangkiti wabak berkenaan setakat minggu ini.

“Jangkitan COVID-19 juga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat komplikasi Multisystem Inflammation Syndrome in Children (MIS-C) yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar kematian tinggi.

“Selain itu, mereka juga berisiko mendapat Long COVID yang boleh menyebabkan gejala berpanjangan dan mengganggu proses pemulihan.

“Penularan varian Omicron lebih mudah berjangkit, justeru meletakkan kanak-kanak belum divaksinasi dalam kategori berisiko,” katanya pada ucaptama majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah, hari ini.

Menurut beliau, data dari negara yang terkesan dengan varian ini turut menunjukkan peningkatan kemasukan kanak-kanak ke hospital.

Berdasarkan bukti dan maklumat yang diperolehi, Khairy berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah perlindungan kepada golongan tersebut, bagi mengelak komplikasi teruk dan juga kematian akibat jangkitan itu.

Katanya, antara langkah dilakukan ialah memberikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi program PICKids, yang dimulakan secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.

“Vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan.

“Vaksin Comirnaty formula khas untuk kanak-kanak ini yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia, adalah selamat dan mempunyai efikasi melindungi kanak kanak daripada jangkitan teruk COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, pemberian vaksin COVID-19 adalah secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu memberi kebenaran bertulis bagi melayakkan anak mereka mendapat vaksinasi COVID-19.

“Sebagaimana vaksin dewasa dan remaja, vaksin COVID-19 kanak-kanak akan diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak yang tinggal di Malaysia tanpa mengira status kewarganegaraan mereka.

“Kementerian Pendidikan (KPM) turut bekerjasama dengan KKM dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak menerusi pemberian secara jangkau luar di sekolah.

“Kerjasama ini akan melibatkan sekolah-sekolah yang dikenal pasti untuk dijadikan sebagai PPV sekolah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata KKM menyasarkan 80 peratus daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga bawah 12 tahun dan 60 peratus kanak-kanak enam tahun menerima dos pertama dalam tempoh enam bulan.

“Manakala 60 peratus kanak-kanak berusia lima tahun menerima dos pertama dalam tempoh 12 bulan.

“KKM juga menyasarkan sebanyak 80 peratus kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan lengkap divaksinasi selepas lapan minggu menerima dos pertama,” katanya.

Sebagai permulaan program PICKIDS hari ini, Khairy berkata, kanak-kanak yang mempunyai komorbiditi dan daya tahan imuniti yang rendah merupakan kumpulan keutamaan diberikan vaksinasi di hospital yang merawat mereka.

Selain itu, katanya, seramai 1,200 kanak-kanak juga akan menerima vaksinasi melalui tempahan janji temu vaksinasi di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang.

Tiga PPV itu ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Axiata Arena, Bukit Jalil dan Ideal Conventional Centre, Shah Alam.

Beliau berkata, setakat kelmarin, sebanyak 517,107 pendaftaran tempahan janji temu vaksinasi kanak-kanak di aplikasi MySejahtera direkodkan.

“Tahniah kepada ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka melalui aplikasi MySejahtera. Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada dunia dan kita semua.

“Ramai antara kita yang hilang mata pencarian, pekerjaan, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat COVID-19.

Vaksinasi COVID-19 dan langkah-langkah kesihatan awam adalah kunci kepada penamatan pandemik ini. Marilah kita sama-sama berganding bahu menjayakan PICKids,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar