web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Tarik Nafas Lega, Jalan Pesisir Pantai Dibuka 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 7:00PM

Jalan pesisir pantai dari Tanjung Aru ke Membedai yang bernilai RM125 juta telah dibuka mulai semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pembukaan jalan pesisir pantai bernilai RM125 juta sepanjang 1.5 kilometer dari Kerupang ke Membedai di sini, semalam memberikan kelegaan kepada penduduk di wilayah itu. 

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ir Suhaizad Sulaiman berkata, pembukaan jalan itu dapat mengurangkan kesesakan di sepanjang jalan Pohon Batu dan Tun Mustapha menuju ke Pusat Bandar. 

Menurutnya, pelaksanaan projek pembinaan jalan pesisir itu bermula pada 19 Disember 2017 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya di pulau bebas cukai ini, seperti di Kampung Tanjung Aru, Nagalang serta Kerupang 1, 2 dan 3. 

"Sebelum ini, ramai pengguna jalan raya yang mengadu mengenai masalah kesesakan jalan raya sehingga lebih lima kilometer khususnya pada waktu puncak iaitu sebelah pagi dan petang. 

"Setelah projek jalan pesisir pantai ini telah siap, kita harap ia banyak membantu kepada pengguna jalan raya di pulau ini," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Rozaymie Ahmad, 27, berkata, sejak 15 tahun lalu penduduk di sini sering berhadapan dengan masalah kesesakan trafik khususnya pada waktu kemuncak iaitu seawal jam 6 pagi dan sebelah petang. 

Katanya, pembukaan jalan raya pesisir pantai ini menunjukkan kerajaan komited dalam membantu menangani permasalahan itu. 

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat jalan pesisir pantai ini. Ia memberikan manfaat yang begitu besar kepada penduduk Labuan. 

Penjawat awam, Saini Mastah, 55, pula berkata, jumlah kenderaan di pulau ini semakin meningkat saban hari dan ia menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

"Kesesakan jalan raya selepas waktu kerja sememangnya membimbangkan kami, terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil inisiatif untuk menambah baik semua jalan di Labuan. 

"Apabila jalan pesisir pantai telah siap dan dibuka, ia dapat mengurangkan kesesakan trafik," katanya. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar