web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


23 Premis Disyaki Jalankan Aktiviti Perjudian Dipotong Elektrik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 5:40PM

Pihak berkuasa memotong bekalan elektrik di 23 premis di seluruh Johor kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian atas talian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor bertindak mengarahkan 23 premis di seluruh negeri ini dipotong bekalan elektrik selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian atas talian.

Semua 23 premis berkenaan, antaranya kedai runcit, kedai telekomunikasi dan pusat snuker itu membabitkan daerah Kluang , Batu Pahat , Muar dan Kulai.

Arahan pemotongan elektrik itu dibuat sejak Januari hingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjalankan Op Bersepadu JOL sebagai langkah dan usaha Polis Johor untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.

Menurutnya, semua premis yang dipotong bekalan elektrik itu disyaki menjalankan aktiviti perjudian secara atas talian.

"Semalam sahaja, sebanyak 389 premis diperiksa, namun disahkan tiada elemen perjudian. Aktiviti perjudian ini disyaki dilakukan di premis-premis kedai runcit, kedai telekomunikasi dan pusat-pusat snuker.

"Jenis perjudian ini menggunakan konsep ejen tambah nilai melalui atas talian," katanya.

Op Bersepadu JOL dijalankan bagi membanteras kegiatan perjudian di Johor.
Op Bersepadu JOL dijalankan bagi membanteras kegiatan perjudian di Johor.

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 7 petang semalam, sebanyak 10 serbuan berjaya dilakukan di Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Johor Bahru Utara (JBU).

Serbuan berkenaan katanya, turut berjaya menahan 13 individu yang juga warga tempatan, terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 57 tahun.

"Mereka yang ditahan ini adalah penjaga premis dan ada juga permain.

"Kita turut merampas 12 telefon bimbit yang disyaki digunakan dalam aktiviti perjudian dan wang tunai sebanyak RM1,393," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Getaran, 2 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad