web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program PICKids Bermula Esok, 517,107 Kanak-Kanak Sudah Daftar Untuk Divaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 4:38PM

Seramai 517,107 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Malaysia telah didaftarkan untuk vaksin Pfizer COVID-19 oleh ibu bapa mereka. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, data terbaharu itu menjadi satu permulaan yang baik bagi memastikan seluruh rakyat dilindungi daripada wabak berbahaya ini.

“Kira-kira 517,107 kanak-kanak (lima hingga 11 tahun) di Malaysia telah didaftarkan untuk vaksin Pfizer COVID-19 oleh ibu bapa mereka.

“Ini ialah 15 peratus daripada jumlah kohort ( 3.6mn). Permulaan yang baik dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menyampaikan kebaikan menerima vaksin," katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Bedasarkan data dikongsi Khairy, Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 131,500 kanak-kanak, Johor (81,400), Kuala Lumpur (47,500), Sarawak (40,500) manakala Pulau Pinang (34,300).

Dalam pada itu, di Kedah seramai 28,900 kanak-kanak sudah didaftarkan, diikuti Pahang (27,800), Perak (27,600), Sabah (23,600), Terengganu (21,200), Negeri Sembilan (16,400), Melaka (15,300), Kelantan (15,000), Putrajaya (3,400), Perlis (1,900) dan Labuan (900).

Vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) itu akan mula diberikan kepada golongan tersebut bermula esok.

Justeru Khairy berharap hampir separuh kanak-kanak di negara ini akan menerima suntikan tersebut pada akhir Februari ini.

“Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) di bawah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan bekerja keras bersama-sama Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Pada masa sama beliau memaklumkan pautan tempahan janji temu untuk vaksin tersebut sedang diberikan berdasarkan tarikh pendaftaran.

“Ibu bapa yang belum menerima pautan, jangan risau. Anda akan menerimanya tidak lama lagi. Kemudian ikuti langkah-langkah yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Azmi memberi jaminan, vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan.

“Pengambilan vaksin ini amat digalakkan bagi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara. Data dari luar negara menunjukkan seramai 8.6 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) telah diberi suntikan sejak ia dimulakan.

“Kesan sampingan sangat sedikit dan tak ada kes melibatkan kematian. Jadi kesimpulannya, berdasarkan data-data ini, kita akan melaksanakan suntikan vaksinasi Pfizer yang dikira selamat dan berkesan untuk kanak-kanak,” katanya.

Tegasnya, program vaksinasi itu amat penting untuk membolehkan negara memasuki fasa endemik dan seterusnya pulih daripada impak pandemik COVID-19.

“Justeru bagi program ini, saya menyarankan setiap individu menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kesejahteraan keluarga dan negara,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran