web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PPP Lantikan Kontrak Mogok Secara Maya, Tuntut 2 Perkara Dari Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 3:43PM

Antara PPP yang mengadakan protes secara maya hari ini bagi menuntut kerajaan melanjutkan kontrak dan menerima PPP kontrak sebagai pegawai tetap. - Gambar dari Facebook Penolong Pegawai Perubatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak Gred U29 yang mengadakan protes secara maya hari ini menggesa kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan dan menerima PPP kontrak sebagai pegawai tetap.

 Jurucakap kumpulan itu menegaskan, tindakan mereka bukan berniat untuk melakukan penentangan, sebaliknya memohon kerajaan membantu nasib sebahagian besar daripada PPP yang mengalami risiko tidak dilanjutkan perkhidmatan ketika negara masih berdepan wabak COVID-19.

Menurutnya, tunjuk perasaan dan mogok itu tidak dilakukan di lapangan kerana mahu menjadi contoh buat masyarakat dan profesion lain, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita hanya melakukan hantaran status di Facebook dan Instagram, mendesak lantikan PPP kontrak swasta dan lantikan Kementerian Kesihatan (KKM) diberikan hak keadilan yang sama rata, termasuk disambung kontrak atau diserap ke penjawatan tetap di dalam perkhidmatan.

“Wajarkah PPP lantikan kontrak swasta di tamatkan serta merta dek kerana penurunan status COVID-19 dan adakah meraka akan terus menjadi "kontrak" selama mana masih diperlukan. Patutkah mereka dibiarkan tanpa ada jaminan dalam perkhidmatan,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, kumpulan PPP kontrak itu mengharapkan agar kerajaan memberi jaminan, atau membantu mereka dalam proses kelangsungan agar mempunyai peluang untuk diserapkan dalam perkhidmatan secara tetap.

Jelasnya, gesaan terbabit bukan semata-mata hanya untuk penjawatan tetap kerana mereka masih sedar tanggungjawab kepada masyarakat dalam bersiap siaga membantu sepanjang negara menghadapi pandemik COVID-19.

“PPP lantikan swasta juga rela meninggalkan jawatan terdahulu kerana mahu bersama-sama KKM berjuang mengekang penularan COVID-19. Takkan tiada tempat lagi atau jaminan buat mereka setelah berkorban membantu KKM.

“Jangan jadi kacang lupakan kulit, jangan jadi gunting dalam lipatan dan jangan jadi seperti lembu di cucuk hidung. Kita mampu mengubah nasib profesion kita sendiri. Buanglah sikap mengambil "enteng" di dalam isu ini,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, seorang Penolong Pegawai Perubatan yang mahu dikenali sebagai Azri, 33, berkata protes tersebut akan berlangsung tanpa sebarang perhimpunan di mana-mana lokasi dan institusi perubatan tempat mereka bertugas.

Menurutnya, protes itu akan dilancarkan dengan semua penolong pegawai perubatan menukar gambar profil di akaun Facebook masing-masing menggunakan imej berwarna hitam.

Azri berkata, kumpulan itu juga akan menggunakan kapsyen ‘Masih Ingin Berkhidmat’, selain merancang menyerahkan petisyen kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan maklumat, terdapat lebih 4,000 PPP lantikan kontrak di seluruh negara ditempatkan di pelbagai sektor kesihatan, antaranya hospital, pusat kuarantin dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). – Getaran, 2 Febuari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad