web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Panik! Malaysia Bersedia Hadapi Lonjakan Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 7:59PM

Lebih 50 peratus orang dewasa dan hampir 70 peratus warga emas di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dilihat lebih bersedia menangani lonjakan kes COVID-19 disebabkan varian Omicron, selain berpengalaman melindungi golongan rentan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan hari ini tidak sama seperti Jun hingga September tahun lalu kerana rakyat lebih dilindungi melalui vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Lebih sebulan lalu, saya berkata bahawa kami menjangkakan Omicron akan menjadi dominan di sini seperti di tempat lain dan apabila ia berlaku, kes akan meningkat. Itulah sebabnya kami mempercepatkan program suntikan dos penggalak.

“Hari ini, kita dapat melihat ramalan peningkatan kes dengan cepat. Bagaimanapun tidak perlu panik. Terdapat petunjuk kukuh untuk penyahgandingan antara kesan yang teruk dengan jumlah kes,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut beliau, program vaksinasi untuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak akan berjalan lancar dalam tempoh terdekat dengan penggunaan kapasiti hospital kekal terkawal.

“Sebab itulah, kita boleh memendekkan tempoh kuarantin, membenarkan orang ramai mengawal diri dan memastikan gangguan pada tahap minimum,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap semua pihak dapat mengharungi gelombang Omicron melalui pendekatan teliti yang ditentu ukur dan berkadar.

“Ini dengan lebih daripada 50 peratus orang dewasa dan hampir 70 peratus warga emas sudah menerima suntikan dos penggalak.

“Ikut prosedur operasi standard (SOP), #TRIIS, ambil dos penggalak dan pastikan anak-anak anda divaksin. Kita boleh lakukan ini,” katanya.

Terdahulu, Khairy menasihatkan orang ramai untuk melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum mengunjungi keluarga dan rakan, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, tindakan itu penting bagi mengelakkan diri dijangkiti COVID-19 atau berlaku penularan virus terbabit, terutama dalam keadaan kes semakin meningkat sejak beberapa hari lalu.

Khairy turut meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ditetapkan kerajaan sepanjang melakukan aktiviti sempena perayaan itu.

Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini meningkat kepada 5,566 kes, berbanding 4,774 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes itu menjadikan kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini adalah 2,876,324 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 13 kes kematian, termasuk empat kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah  kumulatif kes kematian mencecah 31,978 dengan 6,446 daripadanya adalah kes BID. - Getaran, 1 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja