web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


13 Kematian Baharu COVID-19, 4 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 11:22AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 31,978 dengan 6,446 daripadanya adalah kes BID - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, empat kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 31,978 dengan 6,446 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu masing-masing tiga, diikuti Sabah (2), manakala Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu serta Kuala Lumpur, merekodkan satu kes di setiap negeri. 

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 54,780 kes aktif dilaporkan dengan 46,646 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,365 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,655 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 114 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,232 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 95,857 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 93,365 dos penggalak, 955 dos pertama dan 1,537 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,713,759 atau 78.7 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,925,149 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 1 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad