web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Dayus Tumbuk, Tarik Rambut Isteri Di Tempat Awam 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 8:27AM

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki memukul isterinya dikhalayak ramai, dipercayai berlaku di Tasik Bandar Darulaman, Jitra. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Seorang lelaki jelas bersikap dayus apabila memukul serta menarik rambut isterinya di khalayak ramai, semata-mata kerana wanita tersebut enggan kembali setelah hampir sebulan tinggal berasingan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Rodzi Abu Hassan, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 petang Sabtu lalu, di Tasik Bandar Darulaman, Jitra dekat sini.

Katanya, wanita tersebut dipercayai hadir ke lokasi tersebut untuk mengambil anak perempuan mereka berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.

"Wanita tersebut bagaimanapun dipercayai ditumbuk di belakang badan dan ditarik rambut dengan kuat secara tiba-tiba oleh suspek, kerana enggan kembali ke pangkuan lelaki berusia 33 tahun itu.

"Difahamkan pasangan terbabit kini dalam proses bercerai dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu," katanya di sini, malam tadi.

Berikutan tindakan lelaki itu, mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong sebelum dibantu oleh orang awam yang berada di situ.

"Tindakan berkenaan membuatkan suspek berhenti memukul mangsa dan melarikan diri setelah orang ramai mengugut untuk membuat laporan polis," katanya.

Klip video memaparkan lelaki tersebut ditenangkan oleh orang awam turut tular di media sosial menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Tik Tok sejak semalam.

Rodzi menambah, semakan pihak polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pukul.

"Susulan kejadian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah pergi ke sebuah rumah di belakang pasar Changlun bagi mencari suspek namun rumah berkenaan tidak berpenghuni dan berkunci.

"Tindakan mengesan suspek kini masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Pihak polis juga menyeru orang awam yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan," katanya. - Getaran 1 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad