web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Kapal Ditahan, 1 Anak Penyu Berjaya Diselamatkan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:23PM

Bangkai penyu agar betina dewasa ditemukan terdampar di Pantai Kelulut, Terengganu pada 23 Januari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak tiga kapal berjaya ditahan Jabatan Perikanan Negeri kerana terbabit menggunakan pukat pari dan pukat tunda musim tengkujuh (PTMT) dalam operasi khas Ops Penyu yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, operasi itu yang dijalankan dari perairan Kuala Terengganu hingga Marang juga berjaya menyelamatkan seekor anak penyu selepas terperangkap dalam pukat tunda digunakan.

“Operasi bermula jam 5.00 pagi itu telah berjaya menahan bot pertama dari Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kerana menjalankan aktiviti PTMT tanpa kebenaran.

“Bot kedua pula dikesan melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti pukat tunda musim tengkujuh  dan tidak memasang peranti penyisih penyu (TED)," katanya kepada media di sini hari ini.

Ruzaidi Mamat
Ruzaidi Mamat

Ruzaidi berkata, bot ketiga pula ditahan kerana memiliki peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen yang sah iaitu peralatan pukat tunda.

"Kesemua vesel tersebut dibawa ke Pangkalan Pulau Kambing untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, iaitu Seksyen 11(3)(a) mengendalikan peralatan tanpa suatu lesen yang sah, Seksyen 11(3)(b) pula memiliki peralatan tanpa suatu lesen yang sah dan Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat lesen.

Tambahnya, Jabatan Perikanan menerusi operasi tersebut turut menahan sebuah bot pukat jerut Zon C di kawasan Pulau Tenggol kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

"Kami memandang serius kes kematian penyu disebabkan kecuaian manusia seperti pembuangan sampah terutama plastik, penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, pembuangan pukat rosak ke laut dan perbuatan khianat," tegasnya.

Untuk info, Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan sebanyak 17 kes kematian bermula dari awal bulan sehingga hari ini, membabitkan penyu dari spesis Agar dan Lipas. - Getaran, 31 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad