Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sempena Tahun Baharu Cina, Polis Johor Tumpu 45 Kawasan Hitam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 4:23PM

Kamarul Zaman melepaskan konvoi agensi bertugas pada Op Selamat 17/2022 sebagai simbolik pelancaran op itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor memberi tumpuan di 45 kawasan hitam yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negeri berkenaan susulan Op Selamat 17/2022 bermula 28 Januari lalu hingga 6 Februari 2022, sempena sambutan Tahun Baharu China.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata langkah itu dilaksanakan bagi meminimumkan kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Jelasnya, seramai 240 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor (JSPTJ) ditugaskan untuk tujuan berkenaan.

“Jika mengikut statistik, kita (polis) mengenal pasti 45 kawasan hitam yang selalu berlaku kemalangan, terutama di lebuh raya dan biasanya ia di selekoh atau garisan berkembar.

“Kita akan tempatkan pegawai dan anggota serta dibantu agensi lain untuk membuat pemantauan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kempas arah utara di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan segera mendapatkan bantuan daripada anggota agensi bertugas, sekiranya berlaku kecemasan.

“Satu saya nak ingatkan jika berlaku kerosakan kenderaan, terutama di lebuh raya, jangan bertindak membaiki kenderaan anda di lorong kecemasan, memandangkan banyak kes kemalangan disebabkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan rosak di lorong kecemasan dan membaikinya.

“Sebaliknya, berhentikan kenderaan di lorong kecemasan, keluar daripada kenderaan serta tunggu di kawasan selamat di tepi lebuh raya dan segera menghubungi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk bantuan,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, agensi yang terbabit dalam Op Selamat 17/2022 adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), LLM, PLUS, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, sepanjang op itu, tumpuan akan diberikan kepada beberapa jenis kesalahan, antaranya memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan alat komunikasi ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau mahu meninggalkan kediaman semasa musim perayaan ini, memaklumkan kepada polis bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan rondaan ke kawasan perumahan mereka.

“Kerjasama daripada masyarakat juga kita perlukan dalam mengelakkan kejadian pecah rumah, jadi maklumkan kepada polis supaya pemantauan dapat dijalankan bersama-sama dengan komuniti setempat, sekali gus memastikan kediaman anda tinggalkan sentiasa selamat,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu