web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Kematian Baharu COVID-19, Terendah Sejak 9 Bulan Lalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 11:34AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, tiga daripada kematian itu berlaku di luar hospital atau brough-in-dead (BID).

Ia adalah kes kematian terendah dilaporkan dalam 284 hari, iaitu sejak 20 April 2021.

Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Tiada kematian baharu dilaporkan di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kes kematian adalah 31,957 kes dengan 759 dilaporkan pada bulan ini, manakala 1,174 kes (Disember 2021), 1,612 kes (November 2021), 2,704 kes (Oktober 2021) dan 9,678 kes (September 2021).

Setakat semalam juga, terdapat 51,397 kes aktif COVID-19 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 16.6 peratus daripada 44,087 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat sebanyak 23.4 peratus daripada 41,661.

Seramai 119 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 69 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,767 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, seramai 11,809,467 individu dewasa atau 50.4 peratus daripada populasi terbabit sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat malam tadi.

Manakala, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan membabitkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak yang menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 63,384,672 dos. - Getaran, 30 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad