web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trek Perlumbaan Berisiko Tinggi, 3 Peserta Parah Terbabit Nahas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 7:41AM

Tangkap layar dar video media sosial menunjukkan seorang peserta perlumbaan mengalami kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tiga lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggangi tergelincir, sebelum terjatuh dalam perlumbaan di Lapangan Terbang Lama, di sini, semalam.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kemalangan berlaku ketika mereka sedang memecut di litar perlumbaan yang dipenuhi batu kerikil.

Menurut sumber, nahas pertama berlaku sebelum perlumbaan bermula pagi semalam, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan.

Bagaimanapun, pihak penganjur mendakwa tidak mengetahui insiden berkenaan, dan meneruskan perlumbaan tersebut sebelum dua lagi peserta kemalangan apabila motosikal mereka tergelincir di litar.

Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman, 23, berkata, dia dan rakan-rakannya sepakat untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan selepas melihat insiden terbabit.

“Kemalangan adalah risiko bagi pertandingan sukan ekstrem seperti ini.

“Bagaimanapun, apabila melihat tiga kemalangan berlaku, sudah tentu ia memberi bayangan bahawa litar pertandingan di situ terlalu berisiko,” katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa rakan bertindak menarik diri daripada pertandingan tersebut dan berharap pihak penganjur membersihkan kawasan litar  sebelum ia kembali digunakan.

Terdahulu, pertandingan itu dirasmikan Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, dan berlangsung sehingga hari ini, bermula semalam.

Salah seorang peserta yang mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan.
Salah seorang peserta yang mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan.

Wakil penganjur (RHG Motorsports) Rudy Harianto Ghazali, ketika dihubungi berkata, hanya dua kemalangan berlaku ketika pertandingan berlangsung manakala satu lagi berlaku akibat kecuaian pelumba sendiri.

“Video yang tular itu berlaku di kawasan luar litar.

“Pihak kami sudah meletak tayar di kawasan terbabit, namun, dialihkan sebelum mereka berlatih di situ,” katanya.

Dalam masa sama, Rudy turut menafikan kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia akibat cedera parah.

“Saya dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan selamat dan dimasukkan ke wad.

“Seorang lagi mangsa sedang dirawat di unit kecemasan (hospital) manakala seorang lagi hanya mengalami luka ringan dan berkemungkinan akan meneruskan perlumbaan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, pihaknya sering mengutarakan masalah dan risiko keselamatan di kawasan Lapangan Terbang Lama termasuk ketika Persidangan DUN Sabah.

“Saya sering bertanyakan status pembangunan kawasan tersebut memandangkan ia sering menjadi tempat lumba haram dan sebagainya.

“Ini berikutan beberapa insiden kemalangan termasuk yang meragut nyawa di situ,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja