web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merusuh Guna Pedang Samurai, 9 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 2:34PM

Tangkap layar dari video media sosial kejadian pergaduhan di Kubota Square kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sembilan lelaki tempatan direman selama empat hari bermula hari ini selepas dipercayai terbabit dalam insiden rusuhan di Kubota Square, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, semua suspek berusia 21 hingga 33 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau jam 5 petang semalam, selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.

“Seorang daripada suspek turut datang ke balai polis untuk membuat aduan sebelum dia dan lapan yang lain ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh,” katanya.

Peter memberitahu, empat daripada suspek cedera ringan dan beliau turut menafikan dakwaan ada mangsa yang terputus jari akibat terkena benda tajam dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, tular video sekumpulan hampir 20 individu termasuk sebahagiannya menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai dalam kejadian di Kubota Square, tengah malam kelmarin.

Getaran difahamkan, kejadian bermula selepas seorang pengunjung terlanggar meja seorang lelaki yang sedang minum bersama empat pekerjanya di pub berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan pertengkaran mulut berlaku sebelum seorang daripada suspek bertindak mengeluarkan objek dipercayai pedang samurai dan membuat kecoh di situ, sehingga menyebabkan kerosakan pada pintu cermin premis berkenaan.

Pergaduhan berlanjutan sehingga ke kawasan parkir, sebelum kejadian itu dirakam dan videonya tular di media sosial sejak semalam. - Getaran, 29 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi