web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas 2 Kenderaan, 3 Maut, 2 Cedera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 10:50AM

Tiga orang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, awal pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM dan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, awal pagi tadi. 

Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4.26 pagi, selepas kenderaan jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai terbabas, sebelum bertembung kereta jenis BMW dari arah bertentangan. 

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Saga disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. 

"Ketika kejadian, pemandu dan penumpang BMW sedang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Terengganu, sebelum bertembung dengan kenderaan jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai Orang Asli. 

"Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Saga maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang BMW pula mengalami kecederaan ringan," katanya di sini hari ini. 

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, awal pagi tadi.
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, awal pagi tadi.

Kamarulzaman berkata, mangsa yang maut adalah pemandu Proton Saga, Rizal A/L Awing, berusia 18 tahun manakala identiti dua lagi penumpang kenderaan itu masih belum dikenal pasti.

Laporan mengenai kemalangan dibuat pemandu BMW, Muhammad Hafiz Muhammad Hadits, 31 tahun yang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu. 

Turut cedera ringan ialah penumpang BMW, Syed Husain Yaacob Ali, 37 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa. 

Katanya, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 4.28 pagi dan operasi selesai sepenuhnya jam 5.15 pagi. - Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik