web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PGA8 Rampas 11,000 Karton Rokok Seludup, Disembunyi Dalam Semak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 8:59PM

Mat Shukor (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di Kampung Lundang Paku, Nilam Puri di Kota Bharu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 11,000 karton rokok seludup bernilai RM1.6 juta, termasuk cukai disembunyikan di dalam semak dirampas dalam serbuan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Kampung Lundang Paku, Nilam Puri di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA8, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Kontraban pada jam 3.30 pagi.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya memulakan risikan terhadap dua kenderaan, iaitu Proton Exora dan Mitsubishi Pajero yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pantai Cahaya Bulan.  

Beliau berkata, pasukan PGA8 mengekori dua kenderaan itu sehingga ke kawasan Jalan Salor Lama, namun sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka memecut laju dan melarikan diri hingga hilang dari pandangan.

Namun, katanya, pasukan berkenaan terus menjejaki mereka sebelum sampai ke kawasan semak di Kampung Lundang Paku, Nilam Puri dan mendapati ada kesan tayar kenderaan keluar masuk di lokasi itu. 

“Pemeriksaan menemui 220 kotak berbungkus plastik berwarna hitam yang berisi 11,000 karton atau 2.2 juta batang rokok dianggarkan RM1.6 juta, termasuk cukai yang disembunyikan dalam kawasan semak itu.

“Harga pasaran rokok seludup ini adalah antara RM8 sehingga RM10 sekotak dan dipercayai ingin dipasarkan ke Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya pada sidang media di Kem PGA8, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Mat Shukor berkata, rokok berkenaan dipercayai dibawa dengan menggunakan kapal dagang melalui perairan negara dari Laos dan Vietnam ke Thailand sebelum tiba di Kelantan.

“Sindiket ini sangat licik kerana mereka akan berpindah-randah untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Mereka tidak menggunakan premis, sebaliknya menyembunyikan barangan itu di dalam semak dengan menggunakan bungkusan plastik hitam,” katanya.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. - Getaran, 26 Januari 2022.

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja