web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjaja, Pelanggan Bimbang 3 Tiang Pasar Sri Tanjung Retak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 8:45PM

Anggota JBPM meninjau tiang utama di Pasar Sri Tanjung, Tawau yang mengalami kerosakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Umpama ‘retak menanti belah’, itu keadaan tiga tiang utama Pasar Sri Tanjung, di sini yang semakin rekah dan pecah sehingga mencetuskan kebimbangan lebih 1,000 penjaja serta pelanggan.

Difahamkan kerosakan pada tiang tersebut sudah lama berlaku, namun bertambah teruk sejak dua minggu lalu.

Hasnah Khalid
Hasnah Khalid

Penjaja, Hasnah Khalid, 48, berkata keadaan itu menyebabkan beberapa insiden, seperti jubin dan serpihan simen jatuh ketika dia mahu memulakan perniagaan pada waktu pagi.

“Pernah serpihan simen jatuh semasa berniaga, namun tidak terkena kami.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, keadaan semakin teruk apabila rekahan pada sebatang tiang berhampiran gerai semakin membesar,” katanya kepada Getaran.

Aisyah Wahid
Aisyah Wahid

Perkara itu diakui Aisyah Wahid, 50, yang turut bimbangkan keselamatan diri sendiri dan penjaja lain.

“Setakat ini, kami belum menerima arahan daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk menutup perniagaan.

“Secara peribadi, saya akur jika diarahkan tutup gerai kerana ia membabitkan keselamatan awam,” katanya.

Bagaimanapun, Aisyah berharap agar MPT memberikan penjaja di situ tempat berniaga, sementara menunggu proses baik pulih dilakukan.

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati aktiviti perniagaan di pasar berkenaan berjalan seperti biasa.

Kelihatan beberapa agensi, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meninjau tiang rosak dipercayai bagi membuat penilaian awal berhubung aspek keselamatan bangunan tersebut.

Sementara itu, Presiden MPT, Joseph Pang ketika ditemui mengesahkan kerosakan tiga tiang berkenaan.

“Bagaimanapun, hanya satu sahaja yang mengalami kerosakan teruk, manakala dua retak kecil.

“Saya turut meninjau beberapa pejabat agensi kerajaan yang terletak di sini bagi melihat sendiri kerosakan pada permukaan dinding,” katanya.

Menurut Joseph, pihaknya akan memanggil semua agensi keselamatan berkaitan, termasuk JBPM, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jurutera MPT untuk memantau serta menilai kerosakan tiang terbabit.

“Dalam hal ini, MPT menunggu hasil dapatan siasatan dan penilaian daripada pakar berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Ini termasuk mempertimbang penempatan sementara penjaja di tempat lain sekiranya gerai mereka ditutup sepanjang proses baik pulih,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad