web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disyaki Edar Dadah Bernilai RM1.9 Juta, Dua Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 5:22PM

Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM1.9 juta yang dirampas dalam dua serbuan di Johor Bahru, Ahad lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas menjalankan intipan sejak tahun lalu, Polis Johor menumpaskan sindiket dadah dan merampas bahan larangan itu yang bernilai RM1.9 juta dalam dua serbuan di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejayaan itu adalah susulan Op Tapis dijalankan pihaknya sepanjang tiga hari bermula Jumaat lepas.

Ujarnya, menerusi dua serbuan dilakukan polis, dua suspek masing-masing berusia 31 tahun dan 34 tahun turut ditahan.

“Ketika serbuan pertama kita berjaya menahan seorang suspek berumur 34 tahun dalam kenderaan di sebuah tempat letak kenderaan di Kempas dan merampas dadah sebanyak 4.06 kilogram syabu serta kira-kira satu kilogram ketamin.

“Susulan tangkapan itu, seorang lagi suspek berusia 31 tahun ditahan di rumah di Nusa Bestari di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, susulan tangkapan itu, pihak polis menahan suspek kedua.

“Penahanan suspek kedua pada awalnya membawa kepada penemuan dan rampasan sejumlah 220 gram ‘ice’, namun menerusi pemeriksaan lanjut, kita merampas 37.5 kilogram syabu serta 6.1 kilogram ketamin yang diletakkan di dalam kenderaan di kawasan rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan 512 rakyat tempatan dan warga asing berumur antara 20 hingga 50 tahun.

Jelasnya, keseluruhan jumlah rampasan itu membabitkan 41.78 kilogram syabu dengan nilai lebih RM1.50 juta dan 7.11 kilogram ketamin berjumlah RM391,215.

“Jika semua dadah itu terlepas, ia boleh digunakan hampir 250,000 pengguna.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima kereta, wang tunai berjumlah RM1,500 dan pelbagai barang kemas,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman berkata, sindiket itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket lain yang pernah ditumpaskan sebelum ini.

“Kedua-dua suspek lelaki itu sedang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis akan melaksanakan Op Tapis dari semasa ke semasa bagi memastikan Johor bebas daripada dadah,” katanya. - Getaran 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad