web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarjan Didakwa Terima Rasuah RM2,500 Tutup Kes Kecurian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 2:26PM

Mohd Nazuli Mohd Nazari (depan) didakwa di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM2,500, pada 3 Disember 2019.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menerima suapan berjumlah RM2,500 pada 3 Disember 2019.

Tertuduh, Mohd Nazuli Mohd Nazari, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nazuli yang bertugas di Bahagian Detektif, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling didakwa menerima suapan itu dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di tempat letak kereta Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Baling pada jam 4.27 petang. 

Wang terbabit diterima Mohd Nazuli sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang disyaki mencuri dua telefon bimbit dari sebuah kedai di Pekan Baling. 

Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping, manakala tertuduh diwakili peguam, Alif Zulkefli.

Jika sabit kesalahan, bapa kepada dua anak, masing-masing berusia tujuh dan 11 tahun itu boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes itu ditetapkan pada 7 Mac depan. 

Difahamkan tertuduh membayar ikat jamin tersebut. - Getaran 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad