web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 12:55PM

Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 adalah 31,918 kes dengan 6,432 kematian BID setakat tengah malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 16 kematian akibat COVID-19 semalam, termasuk tiga di luar fasiliti kesihatan (BID).

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, kumulatif kematian akibat virus itu yang dilaporkan sehingga tengah malam tadi meningkat kepada 31,918 kes dengan 6,432 kematian BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes diikuti Sabah (3), manakala Johor, Perak dan Kuala Lumpur, masing-masing merekodkan dua kes serta satu kes di Pahang.

Laman sesawang sama turut menunjukkan sehingga tengah malam tadi, sebanyak  45,699 kes aktif dilaporkan dengan 38,545 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,188 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 2,835 menerima rawatan di hospital.

Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah seramai 131 dengan 65 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 213,226 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 208,377 dos penggalak, 2,169 dos pertama dan 2,680 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 97.9 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar