web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Rakyat Malaysia Meninggal Di Korea Selatan Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 3:55PM

Suasana sekitar majlis pengkebumian Muhammad Khairul di Kampung Titingan. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Suasana pilu menyelubungi perkarangan Surau Al Munawarah Taman Sri Titingan apabila jenazah Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, 31, warga Malaysia yang meninggal dunia di Gwangju, Korea Selatan pada 26 Februari lalu, tiba di Kampung Titingan, di sini, malam tadi.

Ketibaan jenazah pada jam 7.18 malam tadi disambut dengan linangan air mata beberapa ahli keluarga, menggambarkan beban rindu tidak berpenghujung, selepas lebih setahun terpisah.

Siapa yang mampu menahan air mata, anak kelima dari sembilan adik beradik itu pulang tanpa nyawa, hanya sekujur jasad kaku, menunggu masa untuk ‘disimpan’ di bumi.

Muhammad Khairul terbang ke Korea Selatan pada 2019 untuk mencari rezeki bagi dijadikan modal permulaan perniagaan bengkel milik keluarganya.

Jenazah anak muda kesayangan keluarga itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Titingan untuk dikebumikan, usai upacara solat yang dihadiri ahli keluarga, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sempena pandemik COVID-19.

Majlis pengebumian Allahyarham Muhammad Khairul selesai sekitar jam 8.30 malam, sebelum disambung dengan bacaan talkin oleh imam dari masjid berdekatan.

Muhammad Khairul. - Gambar Facebook
Muhammad Khairul. - Gambar Facebook

Abang Allahyarham, Hazlan Abdu Gapal, 35 ketika ditemui Getaran mengucapkan kesyukuran sebaik majlis pengebumian adiknya selesai dijalankan.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, terutamanya dalam proses membawa pulang jenazah adik ke sini.

"Terima kasih kepada semua, khususnya komuniti bundle di Korea Selatan, orang perseorangan, pembeli bundle, beberapa wakil rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kami sekeluarga," katanya.

Hazlan memberitahu, membawa pulang jenazah adalah langkah terbaik untuk tempoh jangka masa panjang berbanding mengebumikannya di Korea Selatan.

"Saya sedar ramai mempertikaikan tindakan kami membawa pulang jenazah kerana perlu mengambil tempoh masa sehingga 12 hari sebelum dikebumikan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sistem perkuburan di sana mewajibkan kami membayar sewa lot kubur sebanyak RM10,000 setiap tahun.

"Jika gagal membuat bayaran, kubur adik akan digali semula sebelum jenazahnya dibakar," katanya.

Menurut Hazlan, dalam keadaan ekonomi tidak menentu selain mengambil kira kedudukan kewangan keluarga, jumlah terbabit terlalu besar untuk ditanggung.

"Kami tidak mahu ada hutang tertunggak untuk Allahyarham, sekiranya kami gagal membuat bayaran berkenaan.

"Walaupun kos membawa pulang jenazah tinggi, tapi ia jauh lebih baik untuk jangka masa panjang," katanya.

Muhammad Khairul meninggal dunia 26 Februari lalu, dan kisahnya tular di media sosial selepas sekumpulan peniaga bundle di Korea Selatan membuat jualan amal untuk mengumpul dana, bagi menampung kos penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

Komuniti bundle Malaysia di Korea yang membuat jualan amal. - Gambar Facebook
Komuniti bundle Malaysia di Korea yang membuat jualan amal. - Gambar Facebook

Jualan amal menerusi FB Live itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM76,430 termasuk hasil sumbangan beberapa pihak yang bersimpati dengan Allahyarham.

Sejurus dana mencukupi, jenazah diterbangkan dari Incheon, Korea Selatan pada Isnin lalu dan tiba di Kuala Lumpur sehari kemudian, sebelum sekali lagi diterbangkan ke Kota Kinabalu, semalam.

Dengan bantuan NGO Pertubuhan Amanah Hawi Alkhairat (HAK) Sabah, Persatuan Cinta Amal Sabah dan Pertubuhan Kebajikan Nurul Musthofa, jenazah yang tiba di Kota Kinabalu jam 9.20 pagi itu, dibawa ke Tawau menerusi jalan darat.

Sementara itu, wakil peniaga bundle Malaysia di Korea Selatan, Idarmi Abd Kadil, 40, memanjatkan rasa syukurnya apabila usaha menghantar pulang jenazah berjaya dilaksanakan.

"Kami di sini (Korea Selatan) sedih melihat rakaman video keluarga semasa ketibaan jenazah di Kota Kinabalu.

"Alhamdulillah, akhirnya Allahyarham dapat 'dipertemukan' semula dengan keluarga walaupun hanya berteman balutan kain putih yang dibawa Muhammad Khairul sendiri ketika tiba di Korea Selatan dulu," katanya. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar