web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Kemaskini Perjanjian PPR, RSK 2022 Rumitkan Rakyat, Golongan B40 Terbeban

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 5:49PM

Akmal Nasir ketika bertemu penduduk Rumah Pangsa Awam Larkin. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Inisiatif pemberian pengecualian sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2022 pada dasarnya disambut baik semua penduduk yang menjadi golongan sasaran.

Langit tidak selalunya cerah, muncul pula kesulitan apabila mereka yang perlu mengemaskini perjanjian diwajibkan menyediakan 23 dokumen berkaitan, seperti diperlukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan.

Menurut golongan terbabit, ada dokumen yang diminta sukar didapati rakyat, sedangkan majoriti penduduk jenis perumahan berkenaan adalah dari golongan B40.

Seorang penduduk Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, Aminah Salim, 51, berkata, antara dokumen yang sukar diperoleh adalah rekod Sistem Maklumat Rujukan Semakan Kredit (CCRIS) atau CTOS dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Suri rumah, Aminah Salim
Suri rumah, Aminah Salim

Suri rumah itu berkata, ramai penduduk melahirkan rasa tidak senang disebabkan keupayaan mereka yang terbatas, apatah lagi ada dalam kalangan penghuni di sana terdiri daripada golongan kelainan upaya (OKU), warga emas atau tidak memiliki kenderaan untuk bergerak.

“Saya kasihan lihat penduduk lain yang mempunyai masalah untuk menyediakan semua dokumen diminta.

“Ada yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa berkongsi duit menggunakan khidmat e-hailing.

“Itu belum ditambah kami perlu membayar kos atau beratur untuk mendapatkan dokumen diminta dari pihak bank,” katanya.

Kata Aminah yang sudah menetap hampir 40 tahun di kawasan perumahan itu, ramai penduduk terpaksa akur dan menuruti arahan tersebut meskipun menempuh pelbagai kerumitan, kerana semua dokumen terbabit perlu diserahkan akhir Februari depan.

“Kalau nak kemas kini maklumat itu kami tidak ada masalah tetapi fikirkanlah kaedah yang lebih mudah untuk semua peringkat umur dan keadaan semasa rakyat.

“Sama juga untuk kemas kini dalam talian, saya tidak berapa setuju kerana mungkin yang muda-muda saja pandai, yang tua tetap mempunyai masalah,” katanya.

Semua rungutan itu akhirnya memaksa Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir untuk campur tangan.

Menurut beliau, dari segi dasarnya rumah PPR atau RSK perlu diberi keutamaan dan ketetapan untuk kumpulan sasaran iaitu B40.

“Menerusi pemerhatian, paling terkesan dengan kaedah diperkenalkan untuk memperbaharui perjanjian ini adalah kumpulan yang memang memerlukan bantuan.

“Kalau tanya lebih lanjut, ada dokumen yang diminta bukan percuma, sebagai contoh mereka perlu pergi mendapatkan laporan CCRIS atau pun CTOS,” katanya, kesal.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada Program Walkabout Ahli Parlimen Johor Bahru ke Rumah Pangsa Awam Larkin, di sini baru-baru ini.

Tegas Akmal Nasrullah, kelompok berkenaan bukan terdiri daripada golongan yang mampu atau mewah wang ringgit, justeru syarat ditetapkan itu sebenarnya amat membebankan.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

“Mereka bukannya golongan berkemampuan. Ini kumpulan yang ada ibu tunggal, ada juga mungkin berusia 60 tahun, terpaksa ke bandar cari Grab, teksi dan kemudian perlu bayar lagi untuk dapatkan dokumen,” katanya.

Menurut Akmal Nasrullah, beliau perlu meneliti terlebih dahulu masalah dihadapi rakyat itu sebelum memutuskan cara berkesan untuk memudahkan urusan mereka.

“Saya akan berunding dengan bahagian perumahan dan mencari jalan, bagaimana proses ini boleh dipermudahkan,” katanya.

Sekadar info, SUKJ Perumahan menyenaraikan 23 dokumen bagi tujuan mengemaskini perjanjian sewaan bagi pengecualian sewa PPR dan RSK 2022 termasuk rekod CCRIS atau CTOS, surat akuan sumpah, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan surat sokongan.

Turut disenaraikan ialah lapan syarat kelayakan bagi bagi memperbaharui perjanjian sewaan itu. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 10 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad