web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan SPRM Ke Atas Naveen, Nico Bermotif Dendam - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 9:02PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan terhadap pegawai dan mantan pegawai Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, iaitu Naveen K Rasiah serta Nico Kam seolah-olah bermotifkan dendam.

Beliau berkata, perkara itu disebabkan siasatan kes lain oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan beberapa pemimpin yang mempamerkan kemewahan seolah tidak dipedulikan.

“Saya ikuti isu terkait Naveen dan Nico yang didakwa SPRM. Saya merasakan siasatan ke atas kedua-dua individu ini dikhuatiri mempunyai motif dendam tatkala kes lain melibatkan pemimpin besar tidak dipedulikan.

 “Malah, saya melihat ada juga pemimpin lain yang mempamerkan kekayaan melampau tapi tidak pula disiasat atau diambil tindakan,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, SPRM perlu memberi fokus kepada kes besar yang masih ‘tertangguh’.

“Saya ingin menggesa SPRM untuk memberi fokus kepada kes besar yang masih belum ada penyelesaian setakat ini,” katanya.

Terdahulu, Naveen dan Nico dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan meminta serta menerima rasuah untuk ‘menutup kes’ penyalahgunaan kelayakan akademik bagi kemasukan pekerja asing oleh sebuah syarikat.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dihadapi mengikut Seksyen 16 (a) (A) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad