web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktivis Tuntut Nabila Huda Mohon Maaf, Bayar Ganti Rugi RM900,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 5:29PM

Nabila Huda - Gambar dari Instagram@kupu-kupu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivitis, Fatimah Zaharah Rahim menuntut aktres Nabila Huda Suhaimi membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi RM900,000 selepas mendakwa selebriti itu memfitnahnya di media sosial, tahun lalu.

Surat tuntutan itu dihantar kepada Nabila Huda pada 20 Januari lalu, oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis terbabit.

Tindakan undang-undang tersebut diambil selepas Nabila Huda didakwa menyebarkan berita palsu dan kenyataan berunsur fitnah pada 25 Disember tahun lalu dengan memuat naik, menulis serta menerbitkannya menerusi Instagram menggunakan akaun @kupu-kupu.

Perbuatan Nabila Huda itu didakwa mendedahkan beliau kepada kebencian orang ramai apabila melihat dan membaca apa ditulis serta diterbitkannya.

Peguam mewakili Fatimah Zaharah, Nurul Hafidzah Hassan berkata, Nabila Huda turut didakwa menyiarkan kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud aktivis itu adalah seorang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain, tetapi mendakwa ia daripada beliau.

“Kenyataan didakwa fitnah dan berita palsu tersebut dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial, termasuk platform Youtube, laman portal berita serta saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa didakwa Nabila Huda dan beliau menerima kecaman, ugutan dan komen tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata dikongsikan pelakon tersebut,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata, sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM900,000 atau ganti rugi setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwaan fitnah tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis itu akan terus memfailkan tuntutan berkenaan di mahkamah. 

 “Anak guam saya mendakwa, perkara tersebut menyebabkan beliau mengalami malu, dilanda tekanan emosi dan sedih apabila masyarakat mempercayai dakwaan berita palsu serta fitnah dimuat naik dan diulang siar pengguna media sosial lain selepas melihat ‘postings’ terbabit.

 “Beliau seterusnya mendakwa fitnah dan berita palsu itu turut memberi kesan buruk kepada ahli keluarga beliau,” katanya. – Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

GSF: Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran