web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerja Pembersihan Sisa Puing Banjir di Bentong Sudah Dimulakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 4:53PM

Wan Rosdy (kiri) menyampaikan geran kepada seorang peneroka FELDA Kemasul, dekat Bentong, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Proses pembersihan sisa puing akibat bencana banjir di kawasan Sungai Perdak dan Telemong, dekat sini, sudah dimulakan minggu lalu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja pembersihan itu diketuai petugas dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang turut dibantu pihak berkuasa tempatan (PBT). 

"Kerajaan negeri sudah bersetuju supaya JPS membersihkan sisa-sisa tersebut dan kita akan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

"Bagi perkara berkaitan kayu pula, ia diuruskan Jabatan Perhutanan negeri dan jika ada pihak lain yang ingin membantu, mereka boleh merujuk kepada JPS yang mengetuai operasi berkenaan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran kepada 389 peneroka FELDA Kemasul, dekat sini, hari ini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah. 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 16 Januari lalu dilaporkan berkata, isu longgokan sisa kayu  di kawasan Telemong akan diselesaikan JPS secepat mungkin.

Sementara itu, mengulas mengenai status tunggakan cukai tanah bagi peneroka FELDA Kemasul, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bersetuju mengecualikan denda lewat pembayaran cukai kepada semua peneroka yang menerima geran hari ini. 

"Jumlah (pengecualian) ini memberi impak kekurangan hasil kepada kerajaan negeri kira-kira RM500,000 tapi kita buat keputusan untuk mengecualikan supaya dapat memberikan kelegaan kepada mereka (peneroka)," katanya. 

Wan Rosdy turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM19,000 untuk pembinaan rumah baharu bagi mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal di Pahang.

Bantuan berkenaan akan disalurkan bersama peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM56,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM75,000 bagi membina rumah baharu menggunakan konsep Rumah Rakyat Pahang (RRP) sedia ada. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran