web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan ‘Gantung’ 2 Tahun Bunuh Karier Zii Jia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 4:22PM

Lee Zii Jia - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantung pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia daripada terlibat dengan sebarang perlawanan antarabangsa selama dua tahun amat dikesali.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, Danial Al-Rashid berkata, tindakan tersebut secara terang-terangan membunuh potensi Zii Jia untuk memajukan kariernya dengan memilih bergerak secara profesional.

Menurut beliau, BAM sepatutnya menggunakan pendekatan lain yang boleh memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. 

“Melepaskan Lee Zii Jia sebagai pemain profesional tetap akan memberi kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

“Sekiranya cemerlang dimana-mana kejohanan besar, dia akan tetap membawa bendera Malaysia,” katanya hari ini.

Danial berkata, tindakan pemain berusia 23 tahun itu menukar gambar profil media sosialnya kepada warna hitam jelas membawa satu mesej bahawa masa depan industri sukan berada dalam kemunduran.

Akademi Badminton Negara - Gambar Bernama
Akademi Badminton Negara - Gambar Bernama

Semalam, BAM memutuskan untuk tidak akan mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari 2022.

Keputusan itu dibuat selepas pemain nombor satu negara itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada badan induk itu 11 Januari lalu.

Juara Seluruh England itu sebelum ini menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM 11 Januari lalu, dan memetik alasan jadual yang padat serta tekanan diterima sebagai punca dia membuat keputusan itu.

Zii Jia turut mendakwa keputusannya itu tidak didorong oleh wang ringgit dan mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian.

Sementara itu Timbalan Presiden BAM 2, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, selepas menerima surat peletakan jawatan daripada pemain itu pada 11 Januari lalu, pihaknya mengadakan beberapa siri perbincangan bagi memujuk Zii Jia mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Bagaimanapun, katanya, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia kekal dengan pendiriannya dan memberikan dua alasan iaitu dia tidak tahan dengan tekanan dihadapi dalam skuad kebangsaan, selain gaya hidup yang ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM). - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad