web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, Orang Ramai Kecewa Jalan Sekitar Ibu Negara Ditutup 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 9:38AM

Polis menutup jalan menuju ke Dataran Merdeka, yang menjadi antara lokasi perhimpunan #TangkapAzamBaki, hari ini. - Gambar Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dilihat kecewa apabila tidak dibenarkan memasuki kawasan di sekitar ibu negara susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadual berlangsung pagi ini.

Tinjauan Getaran mendapati, majoriti mereka meluahkan kekesalan kepada pasukan polis walaupun cuba merayu agar dilepaskan bagi membolehkan urusan harian dilaksanakan.

Lebih menyedihkan, hasrat sebuah keluarga yang datang dari Pulau Pinang bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka turut tidak kesampaian apabila dihalang oleh pihak berkuasa. 

"Tolonglah tuan, saya datang dari jauh nak hadir majlis kenduri kawin adik saya. Hari ini anak dia kahwin.

"Sedih tuan, silap saya tak tahu jalan ditutup tapi tolong tuan saya betul betul nak datang ke majlisnya," luah seorang individu kepada polis di sekatan jalan raya (SJR) di Bulatan Datuk Onn, hari ini. 

Larangan tersebut turut dikuatkuasakan ke atas pihak media, khususnya di laluan masuk ke Dataran Merdeka. 

Wakiah Pini, 61 menunggu di stesen bus Masjid Negara sejak 8 pagi. Apabila disoal, Wakiah memberitahu dia tidak mengetahui semua stesen LRT di ibu kota ditutup.
Wakiah Pini, 61 menunggu di stesen bus Masjid Negara sejak 8 pagi. Apabila disoal, Wakiah memberitahu dia tidak mengetahui semua stesen LRT di ibu kota ditutup.
Pekerja di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Pekerja di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Noor Dellhan Yahaya
Noor Dellhan Yahaya

Perbincangan wartawan Getaran bersama pegawai polis yang bertugas juga tidak membuahkan sebarang hasil kerana mendakwa, masih tidak menerima sebarang arahan daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya. 

Himpunan bagi mendesak penahanan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Tan Sri Azam Baki dijadualkan berlangsung hari ini di beberapa kawasan, antaranya, Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek 

Himpunan yang disokong oleh lapan parti politik itu dibuat bagi mendesak agar proses undang-undang ke atas Azam bermula dengan segera, serta menggesa rombakan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan ia diletak di bawah bidang kuasa Parlimen.

Dalam pada itu, jawatankuasa penganjur memberitahu, pihaknya telah menukar lokasi setelah polis bertindak menutup enam jalan dan stesen keretapi di ibu negara.

“Melihat situasi ini, kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tiada pilihan lain kecuali meneruskan dengan gesaan #TangkapAzamBaki pada hari esok, jam 11 pagi, Sabtu, 22hb Januari 2022 di bawah jambatan LRT Bangsar, Jalan Bangsar,” katanya. 

Namun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah melencongkan lima jalan di Bangsar bagi menghalang ia diadakan.

Lencongan itu membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya menerima maklumat pada jam 11 malam tadi, mengenai penganjuran perhimpunan di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar. - Getaran, 22 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad