web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 4 Juta Belia 18 Tahun, Didaftar Automatik Sebagai Pengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:19AM

Lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftar secara automatik sehingga 16 Januari lepas, sebagai pengundi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik setakat 16 Januari lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan anak muda, justeru golongan ini boleh mengundi menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun pada 2019. 

"Saya difahamkan lebih 4 juta anak muda berumur 18 tahun didaftarkan secara automatik setakat 16 Januari.

"Saya berharap pertubuhan-pertubuhan belia seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan akan memainkan peranan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda tentang pentingnya proses demokrasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan Kali ke-60, di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Presiden MAYC Mohd Syahbuddin Hashim.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pertubuhan belia perlu terus berperanan sebagai pemangkin bersama-sama pemegang taruh institusi kerajaan untuk membangunkan anak muda negara. 

"Kerajaan mahu lebih ramai anak muda yang proaktif memberikan pandangan-pandangan yang membina.

“Jangan jadikan pertubuhan belia sebagai pentas untuk berpolitik atau untuk kepentingan peribadi," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata platform ini perlu digunakan untuk memberikan input yang bermanfaat kepada kerajaan supaya dapat bersama-sama membangunkan kembali negara. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad