web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20 Kediaman Terbakar, 100 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 4:49PM

Beberapa anggota Bomba memeriksa sisa-sisa kebakaran di kampung setinggan berhampiran SJKC Che Hwa, Kelombong, di sini, awal pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 20 kediaman musnah dalam kebakaran kampung setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Che Hwa, Kelombong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, seorang lelaki turut dilaporkan mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 pagi.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

"Sebaik tiba, api sedang marak menjulang membakar kediaman penduduk, menyebabkan kami segera bertindak mengawal keadaan," katanya.

Lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 20 kediaman musnah dalam kebakaran kampung setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Che Hwa, Kelombong.
Lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 20 kediaman musnah dalam kebakaran kampung setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Che Hwa, Kelombong.

Tambah Agustavia, kebakaran tersebut berjaya dikawal daripada merebak ke kediaman lain.

"Dianggarkan 180 kediaman penduduk berjaya diselamatkan daripada musnah.

"Bagaimanapun, 20 kediaman yang diperbuat daripada papan musnah sepenuhnya dalam kejadian itu," katanya.

Menurut Agustavia, tiada mangsa yang terkorban dan hanya seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

"Sehingga kini kami masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa," katanya. – Getaran, 21

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad