Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


RMT RM2.50 Tidak Relevan, KPM Perlu Naikkan Peruntukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 12:23PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebanyak RM2.50 sudah tidak lagi relevan pada masa kini berikutan harga barang mentah yang semakin tinggi.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) melakukan penilaian semula terhadap kadar bantuan tersebut dengan cadangan kenaikan kepada RM3.

Pada masa sama, beliau menyeru badan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkemampuan agar membantu pihak sekolah menyediakan makanan lebih berkualiti buat penerima RMT.

“Kadar RM2.50 untuk RMT kena dikaji secara terperinci oleh KPM dan MOF kerana situasi semasa sekarang, kita lihat banyak harga barang sudah semakin naik dan mahal. Sekurang-kurangnya perlu dinaikkan kepada RM3.

“Ada sekolah ditaja NGO, PIBG atau individu persendirian namun bukan semua menerimanya. Justeru, selain pendekatan kerajaan, semua pihak perlu saling membantu pelajar RMT yang datang dari mereka kurang berkemampuan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Dalam pada itu, ditanya berkenaan makanan RMT yang tidak memenuhi piawaian seperti ditularkan baru-baru ini, Heng Suan menegaskan tindakan itu hanya berniat untuk ‘sabotaj’ bagi memberikan pandangan negatif terhadap KPM.

Menurut beliau, pihaknya merakamkan ucapan tahniah atas tindakan pantas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan KPM dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Saya rasa Menteri (Radzi) dan KPM telah memberi respon pantas yang prihatin terhadap isu itu dan telah dilakukan siasatan dengan segera.

“Jelas, dakwaan pelajar RMT hanya dihidangkan dengan nasi dan kuah tidak betul dan berniat untuk sabotaj atau berkemungkinan dilakukan semata-mata mengejar bahan di media sosial,” katanya.

Semalam, Mohd Radzi menerusi hantaran di Facebooknya menjelaskan, KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan gambar makanan tersebut.

Beliau berkata, makanan RMT disediakan bagi semua penerima RMT perlu dimakan di sekolah, bukan untuk dibawa pulang.

Pada masa sama, Mohd Radzi menegaskan, KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima program tersebut.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi menegaskan, selain KPM, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memainkan peranan penting dalam meneliti keperluan menaikkan peruntukan RMT.

“Peruntukan RM2.50 ketika ini buat pelajar RMT adalah melampau dan memang tidak cukup sebenarnya. Justeru, KPM perlu pertingkatkan dan perhalusi lagi jumlah yang diberikan kepada pengusaha kantin.

“Belanja pelajar sekarang berbeza. Kalau dulu bermula dari RM0.50 sehingga RM2 namun sekarang di antara RM5 ke RM10. Jadi, adalah keperluan peruntukan RMT itu dinaikkan sehingga RM4. Nak salahkan kantin sekarang tak boleh kerana dihimpit kenaikan harga barang,” katanya.

Sekiranya masih dipandang sepi, Mohamad Nizam berkata, beliau bimbang ia akan menjejaskan kualiti makanan untuk pelajar yang menerima RMT.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM) berkata, pemakanan seimbang sangat penting terutama bagi pelajar sekolah kerana dengan makanan yang sihat, ia dapat menyokong pertumbuhan serta perkembangan mereka.

“Amalan pengambilan makanan sihat ini perlu dimulakan di sekolah supaya ia menjadi satu tabiat sepanjang hayat dan ia juga akan membantu pelajar fokus dalam menuntut ilmu.

“Pada masa sama, Ini penting sebagai dorongan mereka menjalani kehidupan seimbang dan melalui usaha berkenaan ia memberi peluang generasi muda mendapat pendedahan awal mengenai amalan gaya hidup sihat serta menyalurkan pengetahuan mengenai pemilihan makanan seimbang,” katanya.

Tambah beliau, sudah tiba masanya KPM melakukan transformasi dengan memberi latihan dan pendedahan kepada penyedia makanan di kantin sekolah dengan ilmu pemakanan sihat.

Mohamad Nizam berkata, mereka perlu bertanggungjawab memberi penerangan kepada murid mengenai aspek pemakanan pada setiap hari persekolahan, di samping menyediakan menu yang lebih bernutrisi.

“Sehubungan itu, KPM perlu mewujudkan pasukan khas yang tidak melibatkan ahli politik dan hanya disertai oleh golongan profesional bagi mengkaji perkara ini dengan teliti.

“Kita mengharapkan agar Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) atau kesatuan guru yang ada memainkan peranan bersama bagi mengusulkan perkara ini kepada kerajaan, untuk menjadikan pelajar kita di tahap optimum melalui pemakanan seimbang,” katanya.

Terdahulu, Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menggesa KPM menaikkan peruntukkan RMT bagi mengelakkan kualiti hidangan diberikan menerusi program itu terjejas dan hingga menyebabkan pengusaha kantin ‘pening kepala’.

Beliau berkata, adalah tidak wajar untuk mengekalkan kadar peruntukkan RMT sedia ada, iaitu RM2.50 sekepala di saat negara dihimpit kenaikan harga barang. – Getaran, 21 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bajet 2023: Pakar Ekonomi, Pemimpin Belia Syorkan…

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

FINAS Bantu Penggiat Industri Kreatif Tingkat Kualiti Filem Negara Menerusi MyLAB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Elak Menu Tak Berkhasiat, Program HiTS Perlu Diperluas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gambar Tular Dakwa Makanan RMT Bukan Makanan Disediakan Untuk Penerima - Radzi Jidin

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 1 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas