web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FINAS Bantu Penggiat Industri Kreatif Tingkat Kualiti Filem Negara Menerusi MyLAB

Untuk itu, Finas melaksanakan satu projek iaitu Makmal Pembangunan Filem Cereka Fiksyen Malaysia (MyLAB), yang menggabungkan penulis skrip, penerbit dan pengarah tempatan, dalam program inkubator.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 3:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti filem negara, agar setanding filem antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata untuk itu, Finas melaksanakan satu projek iaitu Makmal Pembangunan Filem Cereka Fiksyen Malaysia (MyLAB), yang menggabungkan penulis skrip, penerbit dan pengarah tempatan, dalam program inkubator.

“Melalui program ini tenaga pengajar dari pelbagai negara yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing, akan membantu penggiat industri tempatan meningkatkan kualiti skrip, dan seterusnya dapat 'pitching' untuk mendapatkan dana.

“Sepertimana dalam perancangan kita akan buat 'pitching' di Festival Filem Busan nanti. Ini merupakan satu daripada langkah untuk kita memastikan kualiti filem kita dapat ditingkatkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagi membolehkan filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa, beliau berkata penggiat industri perlu berani untuk meneroka kerjasama dan peluang, yang dapat membantu mereka menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti seterusnya memperluaskan pasaran.

Md Nasir berpendapat, industri filem tanah air yang agak terhad menyebabkan penerbit di Malaysia tidak dapat menjana pendapatan sewajarnya.

Justeru beliau berkata Finas akan membantu para penggiat yang mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa, dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan meja bulat selain memberi insentif tertentu, misalnya dana pemasaran.

Selain itu, menurutnya penyertaan Malaysia dalam pameran filem antarabangsa terbesar dunia Marche Du Film, juga merupakan satu peluang untuk mereka menonjolkan kekuatan serta keupayaan yang ada, dalam memperluaskan pasaran filem tempatan.

“Jadi melalui penyertaan kita dalam Marche Du Film ini, kita juga membuat pertemuan dengan penerbit-penerbit dan pihak berkuasa dari Kanada, Perancis dan beberapa negara lain, untuk kita menjalin kerjasama supaya kita mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut,” katanya.

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.

Sebanyak 13 syarikat tempatan yang menampilkan pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi, dokumentari dan lain-lain, menghadiri pameran filem itu dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat secara dalam talian. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN