web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Kecam Jawapan Radzi ‘Nasi Putih, Kuah’ Bukan Makanan RMT

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 10:58AM

Gambar yang didakwa makanan RMT iaitu nasi dan kuah yang tular di media sosial, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terperinci Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung penularan gambar makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menerima kritikan hebat daripada netizen.

Majoriti warga maya jelas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mempersoalkan bagaimana ia dibuat, sedangkan jaminan siasatan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin baru diumumkan dalam tempoh kurang dari 12 jam.

Sehubungan itu, mereka mendesak agar Mohd Radzi memberi kenyataan terperinci terhadap keputusan tersebut supaya pelajar terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan susulan pendedahan. 

“Nampak macam sangsi je keputusan siasatan itu. Yang Berhormat Menteri Pendidikan baharu sahaja kata nak siasat pagi tadi tapi petang dah dapat hasil siasatan terperinci. Wow, memang hebat  ya KPM,” kata Adam Rahim dengan sinis.

“Perlu jawapan teliti daripada pihak kementerian seperti dari mana pelajar itu dapat makanan tersebut. Hasil siasatan ini seperti seolah-olah ada udang di sebalik batu,” kata Zaiton Lahur.

“Takkan pelajar nak menipu ya dekat mak saudara dia. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan terperinci oleh KPM kerana jawapan yang diberikan seperti tergantung,” kata Harun Salim.

 

Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah...

Posted by Dr Radzi Jidin on Thursday, January 20, 2022

Mohd Radzi menerusi hantaran di Facebooknya semalam menjelaskan, KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan gambar makanan tersebut.

Beliau berkata, makanan yang disediakan oleh pengusaha bagi semua penerima RMT perlu dimakan di sekolah, bukan untuk dibawa pulang. 

Pada masa sama Mohd Radzi menegaskan, KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima program tersebut.

Terdahulu, pemilik akaun media sosial itu memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit mendakwa, kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepada ibunya bahawa sajian diterima adalah makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

RMT diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu sebagai usaha KPM membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid sekolah rendah dalam kalangan memerlukan.

Program itu dilaksanakan di sekolah rendah di seluruh Malaysia dan menjadi inisiatif bersepadu serta selaras dengan usaha menggalakkan kesihatan dan pemakanan seimbang kanak-kanak. - Getaran, 21 Januari 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: ‘Tolong Ambil Tindakan Tegas Terhadap Suspek’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad