web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjualan Tiket VTL Dibuka Serta Merta - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 10:45AM

VTL antara Malaysia-Singapura akan dibuka semula, berkuatkuasa hari ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia - Singapura dibuka semula berkuatkuasa serta merta hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat susulan penilaian risiko yang dilaksanakan berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

Bagaimanapun, menurutnya, buat masa ini kuota tiket yang dijual akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.

“Bagi penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan 20 Januari (semalam) sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota yang telah ditetapkan sebelumnya.

“Garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket ini akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dilakukan dari semasa ke semasa secara berterusan, oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan situasi COVID-19 di kedua-dua negara,” katanya pagi ini.

Khairy berkata, selaras dengan tindakan pengukuhan langkah pencegahan dan kawalan sedia ada bagi pengembara luar negara, pengguna platform VTL adalah diingatkan untuk melaksanakan ujian RTK-Ag (kendiri) pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketiba.

“Mereka juga perlu melakukan ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KKM menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Lakukan ujian pengesanan COVID-19 mengikut ketetapan yang digariskan bagi mengetahui status risiko sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkita kepada orang lain.

“Ia juga bagi memastikan perjalanan rentas sempadan melibatkan skim VTL Malaysia – Singapura ini dapat terus dilaksanakan dengan selamat,” katanya. – Getaran, 21 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar