web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelia Ladang Maut Ditetak Rakan Baik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 5:42PM

Suspek dikatakan mengalami masalah mental.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang penyelia ladang ditemui mati ditetak sebanyak empat kali oleh pekerjanya di sebuah ladang Batu 12, Jalan Sin On Tiku, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, seorang warga Indonesia berusia 57 tahun ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di jalan dalam ladang tersebut.

Sebelum itu, beberapa pekerja ladang lain yang sedang berehat dalam sebuah rumah kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, ternampak suspek pulang dalam keadaan marah sambil memegang parang.

Tidak lama kemudian, beberapa pekerja ladang lain menemui mangsa terbaring dengan kesan luka dan tidak sedarkan diri.

Menurut sumber,  suspek, 31, dipercayai menetak mangsa beberapa kali ketika penyelia ladang itu sedang menaiki motosikal dan melalui kawasan berkenaan.

Susulan kejadian, dia ditahan oleh kumpulan pekerja ladang terbabit sebelum mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 2.48 petang, semalam.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kesan tetakan di kepala sebanyak tiga kali manakala satu lagi pada bahagian belakang badan.

"Sehubungan itu, suspek yang juga warga Indonesia ditahan dan direman selama 14 hari bermula semalam, bagi membantu siasatan," katanya menerusi sidang media, hari ini.

Turut dirampas ialah beberapa barang bukti termasuk pakaian suspek dan sebilah parang berukuran 50 sentimeter, dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

Peter memberitahu, motif kejadian masih dalam siasatan.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek mengalami masalah mental dan berhalusinasi.

"Mangsa dan suspek juga dikatakan bersahabat baik dan tidak pernah bergaduh selama ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. – Getaran, 10 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad