web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Jual Sijil Digital Vaksin Palsu, 3 Pekerja Klinik Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 4:40PM

Kamarul Zaman menunjukkan lakaran suspek yang diberkas bagi siasatan kes penjualan sijil digital vaksin palsu pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Satu sindiket diberkas polis apabila dipercayai menjalankan aktiviti penjualan sijil digital vaksin palsu dengan caj RM300 hingga RM650.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kegiatan dijalankan sindiket itu di sebuah klinik swasta di daerah ini terbongkar selepas beberapa pekerjanya ditahan sejak Isnin lalu.

“Tiga pekerja klinik terbabit dan lima orang awam berusia 24 hingga 42 tahun ditahan selepas dipercayai menjual dan membeli sijil digital vaksin tidak sah tanpa menerima sebarang suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman Mamat
Kamarul Zaman Mamat

Menurut Kamarul Zaman, menerusi hasil risikan polis, sindiket itu menjalankan kegiatan terbabit sejak sebulan lalu dengan menyasarkan individu tidak mahu menerima vaksin COVID-19.

Katanya, modus operandi sindiket itu adalah menguar-uarkan kepada golongan tidak mahu menerima suntikan imunisasi terbabit, tetapi ingin mendapatkan sijil digital vaksinasi berkenaan untuk memudahkan akses dan perjalanan mereka ke mana-mana.

“Tiga pekerja klinik ini boleh mengakses MySejahtera dan mereka memasukkan sijil vaksin individu tidak divaksin ini serta mengemaskini aplikasi itu.

“Tindakan ini amat merbahaya dan kita (polis) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran penerima vaksin ke dalam MySejahtera.
Polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran penerima vaksin ke dalam MySejahtera.

Kamarul Zaman berkata, polis turut merampas komputer riba dan lapan telefon bimbit dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran penerima vaksin ke dalam MySejahtera.

Pada masa sama, katanya, sehingga kini seramai 22 pembeli sijil digital vaksin palsu berusia antara 19 hingga 69 tahun  masih diburu polis, termasuk seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket berkenaan.

Beliau turut mengingatkan mereka yang diburu atau membeli sijil digital vaksin daripada sindiket berkenaan supaya menyerah diri untuk membantu siasatan.

“Polis memandang serius kegiatan terbabit dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang menjual dan membeli sijil digital vaksin secara tidak sah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Rasman Ithnain
Rasman Ithnain

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata, polis sudah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain kelmarin, berhubung kes gangguan seksual didakwa dilakukannya.

Jelasnya, polis turut merakam percakapan beberapa individu, termasuk mangsa yang membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan. Beberapa orang sudah dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Kedua-dua pihak, termasuk ADUN itu ada membuat laporan polis terhadap laporan polis mangsa dan kita memerlukan dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, siasatan kes terbabit dijangka dilengkapkan minggu ini dan beliau akan menyiasat kes berkenaan secara adil.

Terdahulu, polis menerima laporan dibuat wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada jam 11.30 pagi, kelmarin.

Laporan dibuat wanita yang juga dipercayai ahli sebuah parti politik itu tular di media sosial sejak Isnin.

Bagaimanapun, Rasman menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan itu, selain menyifatkannya sebagai konspirasi politik, fitnah dan cubaan menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasinya selaku wakil rakyat.

Malah, beliau menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. - Getaran, 19 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja