Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Perlu Bezakan Kedudukan Sebagai Ahli Politik Dan Tertuduh - Hakim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 2:52PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menasihatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya di mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini berkata bekas Menteri Belia dan Sukan itu perlu membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan sebagai tertuduh ketika mengeluarkan kenyataan.

“Saya memahami kesusahannya tetapi beliau tidak boleh mencampuradukkan semua, sebagai seorang ahli politik dan tertuduh. Saya pasti dari semasa ke semasa anda (peguam) akan dapat menasihatinya tentang apa yang boleh (berhubung hantaran di media sosialnya),” kata hakim pada prosiding sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim itu menasihati Syed Saddiq susulan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Wan Shaharuddin Wan Ladin mengingatkan tertuduh supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berhubung  empat pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan yang dihadapinya dalam media sosial.

Wan Shaharuddin menasihatkan Syed Saddiq agar tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya berhubung kes dihadapinya di dalam Facebook sebelum perbicaraan bermula.

“Ini bukan satu gag order (perintah larangan) cuma nasihat daripada orang yang lebih matang daripada tertuduh. Sebelum ini terdapat beberapa posting di Facebook beliau yang komen tentang perjalanan kes ini dan telah mengemukakan pembelaannya.

“Saya cuma mengingatkan tertuduh agar lebih berhati-hati kerana pembelaan yang beliau kemukakan dalam Facebooknya boleh digunakan terhadapnya,” kata Wan Shaharuddin.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata anak guamnya perlu diberi ruang yang lebih fleksibel bagi menjelaskan kepada orang ramai yang ingin mengetahui mengenai kes yang dihadapinya di mahkamah, namun, peguam itu mengambil maklum mengenai teguran hakim berkenaan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga menetapkan 22 hari bermula 7 hingga 10 Jun, 20-22 Jun, 27 dan 28 Jun serta 4-8 Julai, 13-15 Julai dan 18-22 Julai untuk perbicaraan kes  yang tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Terdahulu, Syed Saddiq, 29, mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Mohamed Zaini berikutan mahkamah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 25 November tahun lepas. 

Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Bebas Atau Bersalah, Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

4

Politik 7 bulan yang lalu

MUDA Kini Di Blok Pembangkang, Tetap Sokong Reformasi Institusi

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara