web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Happy Box' Ringan Beban, Ceriakan Kanak-Kanak Kanser

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 2:41PM

Nor Syafiza (kiri) menerima sumbangan ‘Happy Box’ daripada Salina (tengah) dan Nur Hazian Ghazali (kanan) yang merupakan pengasas BeeBudz.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Didiagnos kanser pastinya menjadi detik paling sukar dalam kehidupan penghidap penyakit kronik itu, malah umpama mimpi ngeri yang tidak berkesudahan.

Bukan sahaja fizikal mereka ‘menderita’, malah emosi turut terkesan dengan situasi itu akibat sedih, kecewa dan takut.

Lebih menyedihkan apabila penyakit itu dihidapi kanak-kanak sehingga ‘meragut zaman bermain’ mereka dan ‘merentap’ kebahagiaan ibu bapa yang terpaksa melihat air mata serta penderitaan anak kesayangan.

Justeru, bagi meringankan beban, menceriakan dan memberi sokongan moral kepada golongan itu, pengusaha jenama Hungry Hantoo, Salina Abdullah, 52, menganjurkan projek Happy Box.

Katanya, setiap pek Happy Box mengandungi pelbagai produk Hungry Hantoo, iaitu murukku, buku cerita, buku nota, pensel warna, pembersih tangan dan kad tertera ucapan positif, selain disertakan madu keluaran syarikat BeeBudz sebagai cenderahati kepada pesakit.

Dia berkata, hanya dengan pembelian set Happy Box berharga RM85 seunit ini, orang ramai boleh menyumbang untuk membantu kanak-kanak pesakit kanser.

“Kolaborasi antara Hungry Hantoo dengan BeeBudz dan BG Capital Holdings (BGCH)  For The Community ini disokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan sehingga kini mendapat sambutan amat memberansangkan.

“Sejak projek ini dianjurkan Oktober lalu, sebanyak 270 pek Happy Box sudah dibeli penderma dan diagihkan kepada kanak-kanak penghidap kanser yang berdaftar di bawah MAKNA,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Happy Box di sini, baru-baru ini.

Menurut Salina, dana hasil penjualan pek itu disumbangkan kepada MAKNA bagi pengurusan dan pembiayaan kanak-kanak penghidap kanser.

Nor Syafiza Alyaa Syamsuddin
Nor Syafiza Alyaa Syamsuddin

Sementara itu, penerima Happy Box, Nor Syafiza Alyaa Syamsuddin, 15, menganggap pek diterima itu sebagai ‘hadiah’ yang memberi motivasi untuk dia terus berjuang melawan kanser Leukemia.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada Hungry Hantoo dan BeeBudz kerana memberikan hadiah ini. Saya rasa lebih dihargai dan bersemangat melawan penyakit ini.

“Kini, saya dalam fasa pemulihan dan pemantauan doktor kerana belum disahkan bebas kanser,” katanya.

Ibu Syafiza, Habibah Abdul Majid, 52, berkata, anaknya itu disahkan kanser sejak berusia 12 tahun selepas dibawa untuk rawatan kerana sering letih melampau dan pucat.

“Selepas disahkan menghidap leukemia, anak saya terus dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan menjalani kimoterapi.

“Anak saya sudah menjalani 20 sesi kimoterapi dan selepas dua tahun rawatan, dia lebih sihat dan aktif,” katanya.

Nordina Fahana bersama ayahnya, Mazlan Abu Bakar.
Nordina Fahana bersama ayahnya, Mazlan Abu Bakar.

Bagi seorang bapa kepada kanak-kanak penghidap kanser leukimia, Mazlan Abu Bakar, 60, khabar duka diterima daripada doktor bahawa anaknya, Nurdina Fahana, 14 disahkan penyakit itu benar-benar meluluhkan hati.

Katanya, sebelum Nurdina Fahana disahkan menghidap kanser, arwah isterinya, Rubiah Daud, 39, meninggal dunia akibat barah payudara tahun lalu.

Mazlan berkata, arwah isterinya disahkan menghidap kanser terbabit pada 2016 dan menjalani rawatan selama dua tahun.

“Selepas menerima rawatan, keadaan arwah semakin pulih, namun pada 2020 doktor mengesahkan sel kanser merebak hingga pinggang dan sukar untuk diselamatkan,” katanya.

Bercerita mengenai keadaan kesihatan terkini Nurdina Fahana, dia berkata remaja itu semakin pulih dan dipantau pegawai perubatan.

“Anak saya semakin aktif dan sudah mula pergi ke sekolah walaupun masih belum bebas kanser.

“Saya harap sokongan moral seperti diberikan Hungry Hantoo dapat menceriakan pejuang kanser kanak-kanak seperti anak saya untuk menjalani hidup cerita seperti rakan sebaya,” katanya yang terpaksa berhenti kerja sebagai penjaga stor dan menerima bantuan Baitumal untuk menyara keluarga. - Getaran, 19 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad