web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sektor Pelancongan Kesihatan Negara Dianggar Jana US$240 Bilion

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 8:24AM

MHTC yakin industri pelancongan kesihatan berpotensi menjana sumber kewangan untuk negara dari tahun ke tahun. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan kesihatan negara dianggarkan menjana sebanyak US$240 bilion menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Mohd Daud Mohd Arif.

Beliau berkata industri pelancongan kesihatan sangat besar dan potensinya untuk menjana sumber kewangan buat negara akan meningkat dari tahun ke tahun.

“Malaysia sendiri telah mengenal pasti pelancongan kesihatan sebagai satu sektor yang boleh meningkatkan pendapatan kepada negara terutama dari segi perkhidmatan eksport dengan kita dapat mengimbangkan eksport perkhidmatan dan juga eksport barangan. 

“Daripada jumlah pendapatan yang kita jana ini, kita dapat lihat negara-negara lain juga terkejar-kejar untuk membangunkan sektor pelancongan kesihatan masing-masing dan Malaysia tidak mahu ketinggalan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Membina Semula Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia’ di sini malam tadi. 

Sementara itu, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pesakit dari luar negara sentiasa dipantau dengan hanya membenarkan pesakit kritikal bersama seorang sahaja peneman manakala dua peneman dibenarkan untuk pesakit berusia 12 tahun ke bawah. 

Menurutnya, negara menerima sejumlah 705 pelancong kesihatan yang melaksanakan rawatan di Malaysia bermula Julai 2020 hingga Disember 2021 bagi memastikan kesihatan rakyat dan pelancong kesihatan terjamin. 

Mohd Daud berkata sektor tersebut tidak boleh ditutup sepenuhnya bagi mengelak pelancong kesihatan dari luar negara hilang kepercayaan terhadap sistem kesihatan di Malaysia selain untuk mengekalkan momentum sektor tersebut dalam merawat pesakit dari negara lain. 

“Dengan ini, harapnya kita dapat meningkatkan keyakinan masyarakat global untuk menjalani rawatan di Malaysia sebagai destinasi yang sesuai,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar