web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengaruh Kawan Punca Utama Individu Ambil Dadah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 9:03AM

Penagih dadah yang ditahan dalam operasi melibatkan polis dan AADK, yang diadakan baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti kes pengambilan dadah yang direkodkan di negara ini adalah berpunca daripada pengaruh kawan.

Berdasarkan maklumat dan data Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), masalah sosial terbabit tercetus disebabkan salah memilih kawan.

“Akibat salah pergaulan, ramai yang terjebak dengan dadah hingga akhirnya mengalami ketagihan.

“Oleh itu adalah sangat penting untuk kita memilih kawan yang baik dan positif bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat,” kata jurucakap PPIM.

Data AADK juga menunjukkan, perasaan ingin tahu untuk mencuba bahan larangan terbabit menjadi faktor kedua tertinggi yang ‘menarik’ individu ke kancah penagihan dadah.

Faktor lain adalah tekanan jiwa, disusuli mahu berseronok, menahan sakit, ransangan dan tidak disengajakan.

Mengikut data itu, Johor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes penagih dadah, diikuti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Kedah.

Negeri lain adalah Perak, Sarawak, Sabah, Labuan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka, manakala Perlis mencatatkan jumlah terendah.

 Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Mengulas isu tersebut, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sememangnya pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar yang ‘mendekatkan’ individu dengan dadah.

Justeru, beliau menasihatkan individu supaya bijak memilih rakan bagi memastikan tidak terjerumus dengan dadah kerana penglibatan itu akan ‘merosakkan’ diri mereka.

Beliau berkata, terdapat dua jenis rakan, iaitu positif dan negatif, jadi individu perlu mengelakkan diri daripada bergaul dengan golongan yang mempunyai sikap negatif.

“Rakan negatif ini akan mempengaruhi kita untuk terbabit dengan pelbagai gejala sosial, contohnya pengambilan dadah, merokok, minum arak dan macam-macam.

“Jika anda mempunyai rakan negatif, elakkan diri untuk bergaul rapat dengan mereka atau jangan mengikut aktiviti mereka supaya tidak terperangkap dan menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Lam Thye berkata, ada pula individu mengambil dadah untuk melepaskan tekanan dialami dalam kehidupan atau mahu mempunyai tenaga ekstra.

“Sebagai contoh, ada pemandu bas ekspres dan pemandu lori yang mengambil dadah untuk kekal bertenaga serta memandu dalam tempoh lama supaya dapat melakukan banyak trip.

“Ada pula individu ambil dadah sekadar mencuba pada mulanya selepas berkunjung ke pusat hiburan yang menawarkan bahan itu,” katanya.

Ditanya bagaimana masyarakat boleh membantu memainkan peranan untuk membanteras penyalahgunaan dan pengambilan dadah, Lam Thye berkata perkara tersebut sebenarnya agak sukar dilakukan kerana individu terbabit aktiviti berkenaan sering melakukannya secara tertutup.

“Ramai ambil dadah secara senyap, berselindung dan di tempat tidak terbuka.

“Cuma jika masyarakat mengetahui wujud aktiviti ini, mereka boleh melaporkannya kepada polis untuk pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad