web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Menteri Hadir Majlis Langgar SOP Bakal Dipanggil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 3:46PM

Ramai orang kenamaan dilihat hadir berdasarkan beberapa gambar yang tular di media sosial. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dijangka bakal dipanggil Polis Selangor selepas dipercayai hadir pada satu majlis yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (PPN 4).

Dalam majlis pelancaran produk usahawan yang dianjurkan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya itu, ramai orang kenamaan dilihat hadir berdasarkan beberapa gambar yang tular di media sosial.

Antaranya adalah bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis diterima pihaknya pada jam 9.50 malam tadi berhubung penularan gambar-gambar ketika majlis tersebut berlangsung di laman sosial.

Katanya, rentetan daripada itu, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan perlanggaran SOP PPN 4 ketika majlis pelancaran tersebut.

“Polis telah mengenal pasti penganjur majlis dan tetamu yang hadir. Kesemua mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Beliau turut mengingatkan penganjur sama ada individu perseorangan atau syarikat agar memastikan tiada pelanggaran SOP PPN 4 berlaku.

“Mereka perlu memastikan tiada pelanggaran SOP seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berlaku ketika majlis diadakan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik