web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RFID Dikecam Hebat, Lebih Teruk Dari Bayaran Tunai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 3:26PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Negara lain guna RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) lancar, kita guna RFID sesak teruk lebih daripada guna duit syiling!”

Itu antara komen netizen yang menghujani media sosial berhubung isu kesesakan luar biasa di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang dikatakan berpunca daripada penggunaan RFID.

PLUS mengumumkan peralihan kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula Sabtu lalu di semua plaza tol di bawah kendaliannya.

Semalam, pengguna jalan raya di sekitar Lebuhraya Sungai Besi menuju ke ibu kota merungut kerana terpaksa bersesak sehingga 10 kilometer disebabkan masalah alat pengesanan RFID yang dikatakan tidak dapat mengesan pelekat ditampal di kenderaan mereka.

Penggunaan RFID yang kononnya jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas di kawasan plaza tol disifatkan hanya satu omong kosong apabila ramai pengguna jalan raya terpaksa ‘beratur’ lama disebabkan masalah dialami sistem terbabit.

Walaupun punca sebenar masalah dihadapi masih belum ada jawapan kesalahan diletakkan di atas bahu PLUS dan penggunaan RFID yang dianggap sebagai punca utama.

Masalah itu turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, mengarahkan PLUS dan Touch ‘n Go (TNG) supaya memberi penjelasan serta mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu berkaitan RFID.

Katanya, pihaknya sudah memanggil PLUS dan TnG untuk memastikan semua isu berkaitan pelaksanaan RFID berupaya diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, kementerian akan terus memantau dan memastikan kedua-dua syarikat berkenaan menyelesaikan sebarang isu berhubung penggunaan lorong RFID.

Seorang pengguna Twitter, @suffikamari berkata, pengguna harus diberi peluang untuk memilih sama ada mahu menggunakan SmartTAG atau RFID.

“Namun pada masa sama, syarikat pengendali RFID dan PLUS termasuk kerajaan perlu teliti kelemahan RFID yang telah membuatkan jalan sesak,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna Twitter @jeffreychiang66 berkata, RFID terlalu teruk dan dia tidak akan menggunakan sistem berkenaan sehingga PLUS dan TnG meningkatkan keberkesanan sistemnya.

Bagaimanapun, PLUS Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pengguna lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan,” katanya.

Malah menurut PLUS lagi, jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, TnG akan menggantikan tag RFID secara percuma. - Getaran, 18 Januari 202

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 26 minit yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad