web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempar Lihat Anjing Gonggong Kaki Manusia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 7:33PM

Polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan kaki manusia di kilang barangan lusuh di Bukit Lima, Sibu.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Kumpulan pekerja kilang barangan lusuh di Bukit Lima di sini, gempar apabila melihat seekor anjing menggonggong kaki manusia masuk ke dalam kawasan premis berkenaan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, pemilik kilang dimaklumkan berhubung perkara itu sekitar jam 8 pagi.

Menurut beliau, pemilik kaki dari pergelangan buku lali ke bawah itu masih tidak diketahui.

"Anggota dari Balai Polis Lanang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sudah ditugaskan menyiasat perkara itu," katanya hari ini.

Beliau berkata, Unit Pengesan Anjing K9 menjumpai kotak dan beberapa bungkusan plastik serta helaian kertas tertera nama pesakit berumur 70-an, kira-kira 70 meter dari kilang itu.

"Semakan dengan pihak Forensik Hospital Sibu mengesahkan telah menyerahkan dua kaki milik pesakit kencing manis yang telah dipotong kepada waris keluarga baru-baru ini," ujarnya.

Collin berkata, pemeriksaan ke atas lokasi kedua-dua kaki itu mendapati terdapat kesan lubang, dipercayai dikorek oleh anjing.

“Pesakit berkenaan telah dikenal pasti dan masih ditahan di wad Hospital Sibu bagi mendapat rawatan. 

“Kaki itu telah diserah kepada Bilik Mayat, Unit Forensik Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut dan sampel DNA akan dihantar ke Jabatan Kimia Kuching untuk perbandingan,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar