web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Wanita Rugi RM118,000 Diperdaya Macau Scam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 7:50PM

Collin Babat

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang guru wanita kerugian RM118,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai syarikat insurans.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, mangsa yang berusia lewat 50-an menerima panggilan daripada seorang individu, mendakwa dirinya wakil sebuah syarikat insurans.

Menurut beliau, mangsa didakwa ada membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali pada 28 Oktober 2021.

Katanya, mangsa menafikan perkara berkenaan, dan panggilan itu kemudiannya  disambungkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, sebelum dia diminta bercakap dengan seorang individu yang didakwa berpangkat Inspektor.

"Mangsa dimaklumkan terlibat dengan pengubahan wang haram sebanyak RM1.8 juta dan kemudian dihubungkan dengan seorang peguam bela, kononnya untuk membantu mangsa membersihkan nama," katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa juga telah diarahkan untuk membuka akaun bank bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

"Pada 7 November lalu, mangsa telah membuka akaun bank dan menyerahkan gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin kepada suspek. 

"Pada 15 November 2021, mangsa telah diarahkan membuat pinjaman kepada sebuah bank di Sibu dan pinjaman sebanyak RM75,000 itu telah diluluskan pada 23 November," uiarnya.

Collin berkata, pada hari sama, mangsa telah memindahkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

"Pada 9 Disember 2021, mangsa diarahkan membuat pinjaman kepada sebuah lagi bank dan pinjaman sebanyak RM27,000 telah diluluskan. 

"Pada 13 Disember, mangsa diarahkan pula menggadai barang kemas miliknya berjumlah RM20,000 yang dikreditkan ke akaun bank miliknya manakala pada 16 Disember, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM16,000 ke sebuah akaun bank," jelasnya.

Katanya, mangsa telah diarahkan untuk tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa dan semua dokumen transaksi juga telah dibuang. 

"Namun, pada 12 Januari 2022, mangsa telah menceritakan perkara itu kepada suaminya setelah sedar dirinya ditipu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Getaran, 16 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran