web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Perlu Dedah Ahli Politik Mahu ‘Campur Tangan’ Kes Mahkamah - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 7:33PM

Tengku Maimun Tuan Mat (duduk, tengah) bergambar bersama barisan para Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman, Jumaat lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menggesa Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan dakwaan beliau menerima tekanan daripada beberapa pihak untuk mencampuri urusan mahkamah.

Desakan berkenaan menyusul selepas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan untuk tidak sama sekali mencampuri dan secara peribadi tidak pernah didekati pihak tertentu untuk campur tangan dalam kes berprofil tinggi.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin perlu menjelaskan dengan lebih lanjut kewujudan cubaan menggunakan dirinya mencampuri urusan mahkamah, khasnya kes berprofil tinggi tertentu.

“Kita menunggu dan menuntut penjelasan lanjut daripada Muhyiddin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.

“Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum,” katanya, hari ini.

Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Bernama
Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Bernama

Kelmarin, Tengku Maimun berkata, beliau percaya bahawa hakim lain juga tidak pernah mengalami pengalaman serupa, dan mengulangi pendirian bahawa semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan di mahkamah dan tidak boleh lari daripada prinsip itu.

"Tiada siapa menghubungi saya, dan tiada siapa hubungi untuk minta pertolongan begitu begini. Saya percaya hakim lain juga begitu. Apa yang saya faham daripada ucapan Presiden Majlis Peguam, ada orang menghubunginya. Mungkin ada yang hubungi Badan Kehakiman tetapi saya tidak boleh spekulasi mengenai hakim lain.

“Kalau pun ada sesiapa telefon, apa yang saya katakan kepada mereka bahawa tidak ada apa yang saya boleh lakukan kerana perkara itu sudah ada di mahkamah dan akan diputuskan berdasarkan bukti," katanya.

Tegas beliau, tidak ada antara mereka didekati pihak tertentu, walaupun Muhyiddin menerusi televisyen mengakui pernah berhadapan situasi sedemikian.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menyambut baik ketegasan Tengku Maimun untuk tidak campur tangan dalam kes berprofil tinggi di negara ini.

“Dalam konteks yang serupa, Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) harus juga memberikan respon tegas,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada 4 Ogos, tahun lalu mendedahkan beliau didesak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Presiden BERSATU itu bagaimanapun menjelaskan beliau tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan menyedari ada pihak yang kurang senang dengan ketegasannya untuk tidak melayan tuntutan yang dibuat. – Getaran, 16 Januari 2022.

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad