web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ganja 78Kg Dirampas, 4 Lelaki Termasuk Warga Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 1:50PM

Wan Hassan Wan Ahmad (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada hampir 78kg ganja yang dirampas dari dua kenderaan di Kodiang, Rabu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Hampir 78 kilogram (kg) dadah jenis ganja dirampas dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Kodiang, Kubang Pasu, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dadah tersebut yang mampu digunakan kira-kira 300,000 penagih, dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Katanya, seramai empat individu berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di Kodiang, Bangsar dan Sri Hartamas bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.

"Kejayaan ini hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Tangkapan pertama dibuat di sebuah stesen minyak di Jalan Kodiang melibatkan dua lelaki kira-kira jam 6 pagi, 12 Januari lalu.

"Polis kemudiannya memeriksa dua buah kenderaan iaitu Toyota Previa dan Mitsubishi Triton yang terletak di kawasan berhampiran. Pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira 76 kg dadah berada dalam Toyota Previa manakala kira-kira dua kilogram lagi berada dalam Mitsubishi Triton," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di IPK Kedah di sini, hari ini.

Semua dadah yang dirampas ini bernilai RM194,000.
Semua dadah yang dirampas ini bernilai RM194,000.

Kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM194,000.

Wan Hassan menambah, susulan penahanan dua lelaki tersebut, polis kemudiannya menahan pula dua lelaki lain di Bangsar dan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

"Dua lelaki yang ditahan di stesen minyak itu dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar semua dadah tersebut. Mungkin mereka menjadikan negeri ini transit sebelum menghantar dadah tersebut ke Kuala Lumpur untuk dipasarkan.

"Bagi membantu siasatan, pihak kami turut menyita beberapa kenderaan dan barangan lain antaranya sebuah Mitsubishi Pajero, kereta jenis Toyota Altis, dua motosikal jenis Honda EX5 dan Honda Wave serta beberapa barang kemas selain wang dalam akaun bernilai RM3,333," katanya.

Menurutnya, ujian urin dijalankan ke atas keempat-empat individu berkenaan mendapati kesemuanya negatif dadah.

"Tiga daripada mereka yang ditahan iaitu pemandu lori berusia 54 tahun dan dua peniaga makanan berusia 60 serta 27 tahun, memiliki rekod jenayah lampau. Hanya seorang saja yang tidak memiliki rekod lampau iaitu penghantar surat berusia 39 tahun.

"Mereka dipercayai telah bergerak aktif dalam kegiatan ini sejak enam bulan lalu. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad