web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lokasi Janji Temu Dos Penggalak Langkaui Sempadan, MySejahtera Buat Hal Lagi?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 12:16PM

Ada pengguna MySejahtera mendakwa mereka mendapat lokasi janji temu untuk dos penggalak yang terlalu jauh dari kediaman, namun berdepan kesukaran untuk menolak atau menukar janji temu apabila berlaku masalah teknikal. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir dua tahun dilancarkan, aplikasi MySejahtera didakwa sering mencetuskan kontroversi kerana dianggap ‘tidak mesra’ pengguna.

Terkini, aplikasi itu dikatakan tidak peka dalam menetapkan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk individu menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Keadaan itu berpunca daripada beberapa kes tular di media sosial, termasuk Twitter yang menyaksikan pengguna aplikasi berkenaan merungut dan mengadu mereka atau ahli keluarga diberikan lokasi terlalu jauh dari kediaman.

Lebih melampau kata mereka, apabila ada PPV yang ditetapkan itu terletak di daerah dan negeri berbeza.

Mereka berkata, perkara itu bukan masalah kecil dan harus ‘diperbaiki’ kerana bukan sahaja menyebabkan individu terpaksa menolak janji temu, malah perlu menunggu lebih lama untuk mendapat tarikh baharu suntikan.

Sekiranya penerima janji temu itu tetap mahu mendapatkan imunisasi terbabit mengikut tarikh diberikan kerana tidak mahu berlengah, mereka terpaksa memandu jauh ke PPV berkenaan.

Bagaimana pula dengan individu yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau tidak memandu, khususnya golongan kurang berkemampuan dan warga emas?

Keadaan itu pastinya membebankan mereka untuk bergerak dan menampung kos perjalanan sekiranya menggunakan pengangkutan awam.

Malah, mereka mendakwa proses untuk membatalkan tarikh janji temu awal dan menukar lokasi PPV berdepan kesulitan apabila berlaku masalah teknikal atau sistem tergendala.

“Jauh betul dapat janji temu dos penggalak. Dekat Melaka. Padahal dah kemaskini alamat dekat @my_sejahtera dah. Hmmm,” ciap pengguna akaun @syafy.

“Bukit Jalil weh jauh gila, terpaksalah merantau,” kata pula @alwanicabcy.

“Saya dah batalkan tiga kali tau janji temu MySejahtera tu dan tukar lokasi. Tapi tetap dapat yang jauh juga,” kongsi @mazliyanaa.

“Minta tukar lokasi dos penggalak pun ‘help desk’ buat tak tahu. Dua kali minta bantuan dari tahun lepas. Apa guna lokasi tempat tinggal dalam MySejahtera kalau kena ambil vaksin 56 kilometer dari rumah,” ujar @Azaria34046826.

“Hai @my_sejahtera, saya nak report (lapor) berkenaan aplikasi ini. Saya cuba menolak janji temu dos penggalak sebab saya berada jauh dari tempat sistem berikan, tapi saya tak boleh nak hantar,” keluh pula @ikaapikaa_.

“Masalahnya saya nak buat pengesahan untuk minta tukar tempat lain. Bagi tempat jauh gila dari rumah,” ciap @trulydewii. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad