Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Banjir Melanda, Awasi Bahaya Penyakit Bawaan Air - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2022 10:34AM

Leptospirosis atau kencing tikus adalah penyakit serius yang sinonim dengan musim banjir atau selepas musibah melanda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir adalah bencana yang bukan saja mampu meragut nyawa dan harta benda, malah limpahan air tercemar juga berisiko membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Terdapat empat penyakit serius yang sinonim dengan musim banjir sama ada ketika atau selepas musibah melanda iaitu penyakit bawaan air dan makanan, leptospirosis (kencing tikus), konjunktivitis (sakit mata) dan demam denggi.

Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, leptospirosis atau kencing tikus adalah penyakit serius disebabkan oleh bakteria Leptospira yang wujud dalam kencing haiwan seperti tikus, kucing dan anjing.

"Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia apabila terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banjir dicemari kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini.

"Antara tanda penyakit leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, mata merah, ruam dan sakit pada bahagian perut," katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Selain itu, menurutnya, antara penyakit bawaan air yang kerap berlaku ketika atau selepas banjir adalah demam kepialu (tifoid), taun, jangkitan usus dan keracunan makanan. 

"Gejala penyakit ini adalah seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut dan sakit kepala.

"Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui minum air atau makan makanan yang dicemari kuman penyakit terbabit. Ia sangat mudah berjangkit dan bahaya," katanya.

Sebagai langkah berwaspada, Dr Mohd Afiq menyarankan mangsa banjir dan sukarelawan yang datang membantu untuk sentiasa memantau kesihatan masing-masing, supaya bantuan perubatan dapat diberikan secepat mungkin.

Beliau juga menyarankan supaya individu yang mahu menjadi sukarelawan banjir untuk memeriksa terlebih dahulu status kesihatan mereka sebelum bergerak menuju ke lokasi bencana.

"Penyakit berjangkit ini mampu memberi kesan yang serius terhadap individu yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

"Malah, seseorang individu itu perlu berhati-hati jika terdapat luka lama yang ada di badan mereka sebelum meredah banjir, kerana bakteria di dalam air itu boleh meresap masuk melalui luka berkenaan," katanya sambil menasihatkan sukarelawan untuk mendapatkan antibiotik sebagai langkah pencegahan.

Dr Mohd Afiq berkata, mangsa banjir yang berpindah sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga perlu sentiasa membersihkan diri dan memastikan makanan dan minum mereka bersih daripada sebarang kekotoran.

"Selain itu, sebolehnya mereka mengelakkan untuk berkongsi barangan peribadi seperti tuala, pakaian dan sebagainya dengan orang lain supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan," katanya. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 14 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright