web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan Ketua Perwakilan Malaysia, 2 Kriteria Utama Diambil Kira Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:55PM

Saifudin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan mengguna pakai dua kriteria utama sebelum melantik mana-mana individu sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara.

Dua kriteria itu adalah memilih pegawai daripada bahagian pentadbiran diplomatik dan Ahli Parlimen yang masih berkhidmat atau pegawai kanan kerajaan berkelayakan.

Bagaimanapun, persetujuan atau penolakan calon dicadangkan kerajaan itu dirahsiakan sehinggalah individu terbabit menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata sebarang khabar angin di media sosial mengenai nama individu tertentu yang kononnya ditolak sebagai Ketua Perwakilan Malaysia tidak menggambarkan proses pemilihan sebenar, malah tidak sepatutnya menjadi isu. 

“Lazimnya pemilihan calon Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara ini dibuat melalui dua kaedah iaitu dengan melantik pegawai daripada bahagian pentadbiran diplomatik. Satu lagi adalah memilih Ahli Parlimen masih berkhidmat atau bekas pegawai kanan kerajaan yang layak. 

“Kita pernah ada bekas Ketua Polis Negara yang dilantik sebagai Ketua Perwakilan Malaysia dan amalan melantik Ahli Parlimen juga dilakukan kerajaan sebelum ini,” katanya. 

Beliau berkata, sebelum ini, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Duta Khas pada 2017 bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan, fahaman pelampau serta pemerdagangan manusia.

Katanya, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga pernah memegang jawatan Duta Malaysia ke Perancis pada tahun 2013 hingga 2015.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada media selepas merasmikan mesyuarat koperasi Reflisia Timur Berhad di sini, hari ini. 

Terdahulu, tular di media sosial kononnya nama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ditolak Indonesia serta Switzerland selepas kerajaan mencadangkan mereka sebagai Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, tempoh keseluruhan proses pencalonan seseorang sehingga menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Perwakilan Malaysia adalah antara tiga hingga enam bulan. 

“Ada proses perlu dilalui dan ia bukan sahaja membabitkan saringan di peringkat kita (Malaysia), malah merangkumi proses penilaian oleh negara tuan rumah. 

“Proses tapisan ini turut membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi keselamatan lain, jadi bukan mudah nak pilih dan lantik duta, banyak prosedur perlu dilalui,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad