web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Dadah ADUN Perak, Kertas Siasatan Dijangka Diserah Minggu Depan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:00PM

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan seorang ADUN Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, dua hari lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang ditahan membabitkan kesalahan dadah di sebuah pusat karaoke keluarga di Perai, baru-baru ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata kertas siasatan awal kes itu dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri minggu depan.

“Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kita menunggu laporan patologi yang biasanya mengambil masa antara satu hingga tiga bulan.

“Namun jika ia membabitkan kes berkepentingan awam, tempoh itu mungkin lebih singkat. Apa pun, kita tunggu laporan patologi dahulu,” katanya kepada Getaran.

Mustafa berkata, walaupun kertas siasatan belum lengkap, ia perlu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebagai makluman awal.

Ditanya adakah kemungkinan laporan air kencing ADUN itu bertukar negatif mengikut laporan patologi, beliau berkata ia tidak mustahil.

“Bagi mendapatkan keputusan sama ada beliau perlu dituduh di mahkamah atau tidak, salah satu perkara paling penting adalah laporan patologi,” katanya yang enggan mengesahkan jenis penggunaan dadah ADUN terbabit.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, ADUN berusia 54 tahun itu dan 35 suspek lain yang ditahan bersama ketika kejadian akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jelasnya, kesemua suspek termasuk dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Terdahulu, media melaporkan, seorang ADUN Perak antara ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. 

Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, seramai 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik, manakala 12 berhubung kes jenayah. - Getaran, 15 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran