web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan Pekerja Asing Bagi Sektor Perladangan Mulai 28 Januari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 12:43PM

Permohonan secara dalam talian bagi pengambilan pekerja asing untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas, akan dibuka bermula 28 Januari ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan secara dalam talian bagi pengambilan pekerja asing seramai 32,000 orang untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas, akan dibuka bermula 28 Januari ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata bagi permohonan pekerja asing sektor-sektor lain yang dibenarkan, termasuk sektor perladangan tanpa pengecualian khas pula akan mula dibuka pada 15 Februari.

“Majikan boleh membuat semua permohonan itu secara dalam talian menerusi laman web www.fwcms.com.my,” katanya. 

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember lepas, telah bersetuju bagi pengambilan pekerja asing dalam sektor yang dibenarkan untuk penggajian pekerja asing.

Saravanan dalam pada itu turut mengingatkan semua majikan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kemasukan pekerja asing yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“SOP ini merangkumi empat fasa iaitu prapelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pascakuarantin.

“Semua pekerja asing ini perlu menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari dan ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut, yang akan ditanggung oleh majikan,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, semua pusat kuarantin dan hotel bagi tujuan kuarantin berada di Lembah Klang dengan kapasiti 10,000 orang pada satu-satu masa.

“Dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat menawarkan khidmat sebagai pusat kuarantin atau hotel bagi tujuan kuarantin, dengan mematuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan